Video Bayi Didera Akibat Dendam Pengasuh Pada Ibu, Bayi Nyaris Mati Tercekik
Alangkah
terkejutnya sepasang suami isteri apabila mendapati anak mereka didera oleh
pengasuh yang baru diupah sebulan yang lalu menerusi rakaman video live di
telefon bimbit mereka, lapor Daily Mail.
Tindakan pengasuh berusia 40’an yang memukul dan mengoncang
mangsa berusia setahun itu dirakam oleh monitor yang dipasang ibu bapa mangsa.
Apabila ibu bapa mangsa mempersoalkan tindakan wanita
berkenaan, dia menjelaskan bahawa emosinya tidak begitu baik pada hari
kejadian, sebelum keluar dari rumah majikan dengan membawa bersama beg
pakaiannya.
Zhang dan isterinya, Chen, mengupah Cik Zhou, berasal dari
wilayah Jiangxi melalui sebuah agensi sebulan lalu untuk menjaga anak mereka
kerana mereka sibuk menguruskan perniagaan. Pasangan itu kemudian memasang
monitor di rumah untuk memantau anak dan pengasuh berkenaan yang videonya boleh
disiarkan ke telefon bimbit mereka sepanjang masa.
Sekitar jam 6 petang, 18 Mac lalu, alangkah terkejutnya
Zhang apabila mendapati pengasuh berkenaan menyuap nasi pada anaknya secara
paksa dan hampir menyebabkan anaknya tercekik.
Video rakaman yang dikongsikan itu juga menunjukkan mangsa
muntah di atas meja, lalu kepalanya ditampar oleh pengasuh. Selain itu, hidung
mangsa turut dipicit pengasuh untuk memastikan kanak-kanak itu menelan
makanannya. Biarpun mangsa menangis, pengasuh itu langsung tidak menghiraukannya.
Ketika kejadian itu berlaku, Zhang dan isterinya berada di
Quanzhou, menyebabkan mereka segera pulang ke Fuzhou pada keesokan pagi dan
segera membawa mangsa ke hospital untuk melakukan pemeriksaan kesihatan,
sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Zhang dan Chen kemudian berdepan dengan Zhou di rumah dan
bertanya mengapa dia mendera anak mereka. Namun Zhou menafikan dakwaan itu.
Selepas Ditunjukkan video rakaman tersebut, Zhou akhirnya mengaku dan
menjelaskan emosinya tidak begitu baik pada hari kejadian sebelum melarikan
diri dari rumah itu dengan beg pakaiannya.
Menurut Chen, dia sebelum ini pernah menegur Zhou yang
membawa anaknya pergi ke tempat orang ramai. Chen mengesyaki Zhou tidak berpuas
hati dengan teguran itu lalu melepaskan kemarahannya itu pada anak mereka.
Menurut laporan Shanghai Daily, mangsa disahkan menghidap aspiration pneumonia akibat didera pengasuh berkenaan. Polis kini sedang menyiasat kes tersebut. – The Reporter
Ulasan
Catat Ulasan