Hajjah Pakai Sendat Kena Kecam
Apabila anda sudah menunaikan
ibadah haji, anda akan dapat gelaran Haji atau Hajah dan dalam masa yang sama
setiap orang di sekeliling anda akan anggap anda adalah lebih baik daripada
sebelumnya. Tidak dapat lari daripada tanggapan tersebut, Neelofa baru-baru ini
ditegur segelintir peminat kerana pakaiannya.
Ada yang menegur secara baik malah ada juga yang menyindir.
Bagi mereka tudung dan seluar jeans yang dipakai selebriti tersebut tidak
sesuai dengan gelaran Hajah yang dimilikinya. Tapi masa Neelofa pakai
elok-elok, kenapa macam tidak ramai yang puji?
Apa pun, kami pasti Neelofa mempunyai jawapan tersendiri
terhadap pemilihan pemakaiannya itu. Bukan mudah untuk menjadi selebriti kerana
perlu hidup berlandaskan expectation peminat. Semoga orang yang menegur juga
terjaga akhlaknya dan bukan hebat berkata di sosial media semata-mata.
Namun teguran juga menjadi penanda aras bahawa masih ada
peminat sayangkan selebriti tersebut dan kehadiran sosial media mampu menaikkan
selebriti dan juga mampu mengubah persepsi segelintir masyarakat dengan sekelip
mata.
Ulasan
Catat Ulasan