Keluarga Enggan Tanggung Malu, Gadis Dikurung 16 Tahun Kerana Hamil Anak Luar Nikah.
Seorang wanita yang dihukum oleh keluarganya kerana mengandung
dan dikurung selama 16 tahun di sebuah bilik kecil akhirnya dibebaskan dari
‘penjara’ itu, lapor Daily Mail.
Maria Lucia de Almeida Braga, 36 tahun, dikurung dalam bilik
seluas 3 x 3 meter selepas dia didapati mengandung pada usia 20 tahun, hasil
hubungan bersama dengan lelaki yang dipercayai kekasihnya.
Apabila dia bersalin, bayi lelakinya diberikan kepada
keluarga lain.
Bilik yang menempatkan Maria Lucia dikurung itu tidak
mempunyai tandas, berbau hancing dan najis. Malah tiada bekalan elektrik dan hanya
cahaya dari luar tingkap, di mana mangsa dikurung sepanjang masa.
Maria Lucia dikurung dalam keadaan bogel, namun diberi makan
dua kali sehari seperti binatang.
Maria Lucia diselamatkan dari rumah keluarganya yang
terletak di luar bandar Uruburetama, pada awal Mac lalu, tetapi berita mengenainya
hanya disiarkan selepas abangnya, Joao de Almeida Braga, ditahan.
Braga, 48 tahun, ditahan kerana mengurung dan memberi layanan
buruk kepada adiknya dan kini berdepan dengan hukuman penjara maksimum 8 tahun.
Bapa yang dipercayai dalang utama mengurung mangsa
bagaimanapun menghidap strok dan tidak akan didakwa kerana masalah
kesihatannya.
Peguam Maria Lucia, Harley Filho berkata, “Hanya kerana
mangsa mengandung dan enggan menanggung malu, si bapa telah memilih untuk mengurung
anaknya. Mangsa melahirkan anaknya dan bayi itu diserahkan kepada pihak
ketiga.”
Difahamkan si ibu pada awalnya tidak bersetuju dengan
hukuman yang dikenakan terhadap anak perempuannya itu namun tidak berdaya
membantah keputusan suami dan anak lelakinya. Akibatnya, si ibu mengalami
masalah psikologi dan akhirnya terlantar di katil.
Polis yang tiba di tempat kejadian terpaksa memecahkan selak
pintu untuk memasuki rumah berkenaan sebelum menemui mangsa dalam bilik yang
busuk dan kotor. Mangsa yang ternampak pegawai polis segera mendapatkan mereka
untuk meminta bantuan.
Menurut jurucakap polis, kediaman keluarga itu terlalu jauh
dan jarang dilalui kenderaan lain.
“Jika mangsa menjerit sekuat mana pun, tiada sesiapa yang
akan mendengar jeritannya. Ketika ditemui, dia kelihatan kurus dan sukar
bercakap,” katanya.
Anak lelaki mangsa yang kini berusia 15 tahun telah
dikenalpasti dan akan disatukan dengan ibunya tidak lama lagi. – The Reporter
Ulasan
Catat Ulasan