Dipenjara 24 Tahun, 20 Sebatan Liwat Dan Rogol Gadis Berusia 12 Tahun Dalam Semak.

Alor Gajah – Seorang pekerja kilang dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan 20 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah meliwat dan merogol seorang remaja perempuan di dalam semak berdekatan ladang getah, di Masjid Tanah minggu lalu.

Hakim Wan Mohd. Norisham Wan Yaakob menjatuhkan hukuman itu selepas lelaki berusia 21 tahun tersebut membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didapati masing-masing melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dan merogol seorang perempuan berusia 12 tahun 10 bulan.


Kesalahan itu dilakukannya di kawasan semak bersebelahan ladang getah di Kompleks Akubator Alor Gajah, Jabatan Veterinar di Kampung Paya Rumput di sini sekitar pukul 11 malam sehingga 12 tengah malam 23 Mac sehingga 12 tengah malam, 24 Mac lalu.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan seks luar tabii dan Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan membabitkan kesalahan merogol.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Nizam manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Selepas mendengar rayuan kedua-dua belah pihak, Wan Mohd. Norisham menjatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan. – Kosmo

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Suami Lumpuh, Isteri Curang Dengan Rakan Sekerja