Sewa Rumah, Jangan Beli Rumah, kata Menteri
Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani mahu
rakyat negara ini menukar cara pemikiran mereka berhubung pembelian rumah
ketika muda dan menanggung hutang jangka panjang yang besar.
Bercakap di Putrajaya hari ini, Johari berkata di kebanyakan
negara, masyarakatnya memilih untuk menyewa bagi tempoh masa lebih lama
sehingga mereka mempunyai wang mencukupi bagi membeli rumah.
"Ia budaya kita. Kami tidak percaya untuk menyewa
selama 20 hingga 30 tahun.
"Kita perlu mengubah cara pemikiran. Apabila kamu ke UK
atau negara lain, mereka hanya menyewa sehingga mereka mempunyai wang untuk
membuat komitmen jangka panjang," katanya.
Sebagai alternatif, beliau berkata lebih banyak rumah mampu
milik juga perlu dibina untuk tujuan sewaan.
Beliau berkata demikian pada sesi dialog pelan transformasi
nasional (TN50) dengan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.- Malaysia Kini.
Ulasan
Catat Ulasan