Tahukah Anda Bahawa Wang Hantaran Belanja Tidak Termasuk Dalam Ajaran Islam.

Tahukah anda bahawa wang hantaran perkahwinan itu adalah hak lelaki untuk beri berapa dia mampu sebagai HADIAH dan bukannya hak perempuan atau keluarga perempuan nak tetapkan (seolah-oleh paksa) berapa jumlahnya supaya lelaki berikan kepada mereka. Dan hantaran duit mahupun hantaran barangan tidak wajib.

Lain kedudukan dengan mas kahwin (mahar), ia adalah hak perempuan sepenuhnya dan sebaik-baik mahar ialah seperti yang dianjurkan Nabi. Mas kahwin adalah wajib walau sebentuk cincin besi.

Dan tahukah anda bahawa tanggungjawab membuat walimah sebelah pihak perempuan walau majlis kecil adalah tanggungjawab ayah perempuan (wali). Namun jika bakal suami bermurah hati untuk menaja atau kongsi, itu adalah lebih baik jika wali tidak mampu.

Setelah merujuk dalil berkenaan perkara ini, sememangnya hantaran belanja tidak termasuk dalam ajaran Islam. Islam hanya meminta seorang lelaki yang ingin mengahwini seorang perempuan untuk membayar maskahwin sahaja. Maskahwin ini boleh terdiri dari emas, wang ringgit atau sekadar bacaan dari al-Quran.

Setelah dikaji dari sumber yang sahih dari hadis dan sunnah, sememangnya adat ini juga tidak bersumber dari ajaran Islam. Ia lebih bersumberkan ajaran dari agama Hindu. Malahan adat tepung tawar , beras kunyit yang berasal dari ajaran Hindu masih lagi dikekalkan pada hari ini.

Apa yang berlaku semasa majlis bersanding ini lebih kepada pembaziran dan sesungguhnya didalam al-Quran , Allah SWT menyatakan bahawa orang yang membazir adalah saudara syaitan. Kerana kos yang tinggi akan digunakan untuk menyiapkan pelamin dan peralatannya sedangkan wang tersebut tidak perlu dibazirkan di atas perkara yang tidak berfaedah.

Walaupun niat kita mengadakan upacara persandingan dengan niat yang baik iaitu untuk meraikan pasangan pengantin, namun sekiranya upacara itu dicemari oleh unsur-unsur yang bertentangan dengan agama Islam, maka secara tidak langsung upacara tersebut salah disisi agama dam haram hokumnya.

Sesebauh perkahwinan akan menjadi haram sekiranya nilai wang hantaran sekiranya nilai wang hantaran yang ditetapkan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk hingga menimbulkan perasaan riak.

Majlis prkahwinan adalah ibadah, pastika kita tidak melaggar batas-batas syarak yang di benarkan oleh Allah SWT.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Suami Lumpuh, Isteri Curang Dengan Rakan Sekerja