Gaji RM4,400 Untuk Duduk Atas Sofa Sahaja
Moscow – Seorang wanita tempatan berusia 26 tahun menganggap
dirinya paling bernasib baik apabila memperoleh pekerjaan sebagai penguji sofa.
Anna Cherdantseba yang berasal dari Ufa di Republik
Bashkortostan di Rusia kini akan menghabiskan masa 10 jam sehari untuk menguji
sofa baharu.
Tugas utamanya ialah untuk menilai keselesaan dan
keselamatan sofa yang dikeluarkan syarikat perabot terkenal Russia, MZ5 Group.
Syarikat berkenaan bulan lalu mengiklankan jawatan itu yang
menyaksikan lebih 5,000 orang memohonnya.
Walaupun semua produk barunya diuji dalam makmal khas, pihak
pengurusan berkata, mereka memerlukan seorang penguji profesional bagi memenuhi
kehendak pengguna.
“Kami memilih calon dalam beberapa peringkat. Selepas
menyenarai pendek senarai pemohon, tujuh dipanggil untuk temuduga dan Anna,
pakar pemasaran, terbukti paling layak untuk memegang jawatan berkenaan,” kata
jurucakap MZ5 Group.
Anna pula berkata, ia memang mengimpikan jawatan berkenaan
dan mempunyai banyak idea untuk meningkatkan keselesaan sofa tetapi enggan
bercakap mengenainya ketika ini.
Walaupun menjalani kehidupan aktif seharian, Anna
bagaimanapun berkata, dia tidak kisah dan tidak akan bosan menghabiskan masa 10
jam di atas sofa.
Ulasan
Catat Ulasan