Mimpi Bertemu Arwah Ibu Sebelum Ditelan Ular Sawa

Akbar 25 tahun, lelaki yang ditemui maut akibat ditelan ular sawa pada malam Isnin yang lalu di kebun kelapa sawit Dusun Pangeran sempat bermimpi bertemu Arwah ibunya tiga hari sebelum kejadian.

Perkara itu di beritahu kepada adik perempuannya Nurjaya melalui panggilan telefon. Nurjaya berkata bahawa dalam mimpi itu arwah ibu mereka mamanggil Akbar dan berkata bahawa dia rindukan anak dan cucunya.

Nur ketika itu tidak terlalu mengambil berat tentang mimpi berkenaan dan berkata itu hanya mimpi biasa.

Kematian Akbar ditelan ular sawa sepanjang 7 meter juga meninggalkan isterinya “Muna” yang dihantar ke kampung halaman untuk melahirkan anak kedua mereka awal bulan ini

Junaedi rakan Akbar berkata bahawa sebelum meninggal dunia, Akbar telah merancang untuk menjemput isteri dan bayi mereka yang baru lahir pada hujung minggu ini.

Bagaimana pun menurut penduduk setempat, kehadiran Ular Sawa Gergasi di kebun sawit itu memang telah di ketahui sejak dulu lagi, akan tetapi ia tidak pernah mengganggu dan menelan orang.

Pada tahun 90 An, seorang penduduk yang dikenali sebagai Mursalim pernah menemui ular sawa yang sama  ketika membersihkan kebun tersebut.

Beliau juga mengatakan bahawa pada tahun 2001 mereka pernah menangkap ular sawa sepanjang sembilan meter di kebun tersebut,”namun ini merupakan kejadian pertama yang berlaku ular sawa menelan manusia” katanya.

Dimaklumkan Akbar Salubiro telah dilaporkan hilang pada hujung minggu yang lalu selepas keluar bekerja di ladang sawitnya jam 9 pagi pada hari kejadian.

Akbar kemudiannya dilaporkan tidak pulang ke rumah pada keesokan harinya dan misi pencarian dilakukan oleh penduduk kampungnya.

Hasil pencarian itu berjaya menemui seekor ular sawa kekenyangan di laman belakang rumah Akbar dengan perut yang ‘membuncit’.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Suami Lumpuh, Isteri Curang Dengan Rakan Sekerja