Video Isteri Serang Dan Bogelkan Kekasih Suaminya Di Starbucks
Seorang isteri yang tidak dapat lagi mengawal kemarahannya bertindak
menyerang wanita yang dipercayaia cuba merampas suaminya.
Rakaman video yang tersebar di media sosial menunjukkan si
isteri duduk di atas wanita itu bagi mengelakkannya melarikan diri.
“Tengoklah perempuan ini, nak bermain cinta dengan suami
orang. Mak kau mesti pelacur, kan? Sebab itu kau dilahirkan jadi pelacur
jugak!” kata si isteri yang terus duduk di atas badan wanita berkenaan.
Sementara itu, seorang kanak-kanak perempuan dipercayai
anaknya, menangis meminta ibunya berhenti memukul wanita itu.
Suaminya yang berbaju putih juga cuba menghalang isterinya,
namun tidak berdaya kerana enggan mencederakan kedua-dua belah pihak.
Si isteri enggan mengendahkan permintaan suaminya dan terus
menyerang wanita itu dan dengan sengaja membogelkannya di dalam premis
Starbucks itu yang dipenuhi orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut.
“Apa hubungan yang saya ada dengan lelaki ini? Kami hanya
sekadar kawan sahaja,” kata wanita terbabit.
Lelaki itu juga mengakui bahawa wanita itu hanya pekerjanya
sahaja.
Difahamkan, kejadian itu berlaku pada Ogos 2016. Namun
tersebar semula di media sosial baru-baru ini dengan dakwaan kononnya kejadian
itu berlaku di sebuah pusat beli-belah di Singapura. – The Reporter
Ulasan
Catat Ulasan