Zul Ariffin Masih Berduka Diatas Pemergian Bonda Tercinta


Zul memberitahu, ketika ditemubual baru-baru ini dia terpaksa menolak banyak tawaran bagi mengubat jiwa yang kosong.

“Ketika ini, banyak tawaran yang terpaksa saya ketepikan kerana saya seperti hilang arah tuju. Saya benar-benar rasa kehilangan. 

"Jiwa saya memang tidak tentu arah ketika ini, walaupun masih boleh tersenyum dengan tenang, tapi jauh di sudut hati hanya tuhan sahaja yang tahu.

"Saya rasa terkilan kerana tidak sempat bersama arwah saat beliau menghembuskan nafas terakhir. 


"Ketika saya sampai, arwah sudah tutup mata, hal itu memberi kesan yang mendalam pada jiwa saya.

Hasrat Zul untuk membawa ibunya, Robiah Nasir menunaikan umrah bersama-sama tidak kesampaian.

Zul berkata bahawa dia bersyukur sempat berbual panjang dan keluar bersama arwah beberapa hari sebelum menghembuskan nafas terakhir. 

"Entah kenapa saya tergerak hati memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan kepadanya. Saya memberitahu perancangan mengajaknya bercuti ke Dubai, seterusnya menunaikan umrah di Makkah, bulan depan.

Tambahnya, dia akan terbang juga ke Dubai membawa hati dengan ditemani abang angkat dan keluarga.

"Insya-Allah, saya menunaikan umrah pada bulan hadapan,” kongsinya. Sumber:Berita Harian, Editor:Farhana

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Suami Lumpuh, Isteri Curang Dengan Rakan Sekerja