Video Lelaki Pandu Kereta Terus Masuk Ke Kedai Runcit.

BEIJING – Satu video rakaman telah berjaya merakam kejadian seorang pemandu yang telah bertindak memandu terus memasuki sebuah kedai runcit untuk membeli beberapa barangan.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku kerana pemandu berkenaan malas untuk memberhentikan kereta ketika hujan, pemandu tersebut yang merupakan seorang lelaki sanggup memandu terus untuk masuk ke dalam sebuah kedai runcit di China, lapor media negara itu.

Rakaman kamera keselamatan kedai di Zhenjiang di wilayah Jiangsu itu menunjukkan kereta berkenaan dipandu masuk menerusi pintu depan pada lewat Sabtu lalu.

Rakaman itu dikongsikan akhbar tempatan People’s Daily menerusi laman Twitter, semalam. Ia bagaimanapun tidak menyatakan tempat kejadian.

Dalam video yang berdurasi selama, pekerja kedai nampak terkejut dan berlari ke arah kereta berkenaan sebaik ia berhenti di dalam kedai berkenaan.

Dia kemudian dilihat menyerahkan beberapa barangan dari rak kedai itu sebelum mengambil wang dan memulangkan baki kepada pemandu terbabit.

Kereta itu kemudian dilihat perlahan-lahan berundur manakala pekerja berkenaan melambai kepada pemandu berkenaan.

Pemandu itu dilaporkan membeli sebungkus kerepek kentang dan sebotol minuman yogurt, lapor portal Sina.com menerusi laman Weibo.

Pengguna Internet membuat andaian pemandu itu tidak mahu keluar dari kereta kerana hujan dan masa itu sudah agak lewat.

Pengguna Twitter Ahas OConnor berkata: “Dia patut diberikan ‘A’ kerana amat kreatif!” – Suara.TV

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Suami Lumpuh, Isteri Curang Dengan Rakan Sekerja