Video Wanita Kota Janji Potong Payudara Kerana Ahok Kalah
Seorang wanita kira-kira seminggu lalu muncul di media
sosial dengan janji yang menggetarkan.
Dia berikrar memotong payudaranya jika pasangan Anies
Baswedan - Sandiaga Uno berjaya mengalahkan Ahok - Djarot untuk jawatan gabenor
dan timbalan gabenor Jakarta.
Semalam pemilihan itu pun berlangsunglah dan ternyata Anies
dan Sandiaga mengatasi regu Ahok - atau nama sebenarnya Basuki Tjahaja Purnama
- dan Djarot Saiful Hidayah dengan peratusan yang tinggi.
Justeru, pengguna laman sosial segera mengingatkan wanita
terbabit bahawa dia berjanji untuk memotong payudaranya.
Tidak lama kemudian satu klip video baru muncul. Dengan
berbaju ungu wanita tidak didedahkan identitinya itu dilihat berada di sebuah
hospital dan bersedia menunggu giliran bertemu doktor.
Dia juga menegaskan akan mengotakan janjinya. Namun wanita
terbabit juga mendakwa dia memang merancang membuang kedua-dua payudaranya
kerana sedang menderita barah tahap empat.
"Janji itu adalah hutang, akan aku penuhi. Saya akan
potong payudara saya sesuai dengan janji saya," katanya melalui klip video
berkenaan.
Dia yang jelas seorang daripada penyokong Ahok berkata,
sebenarnya jika tokoh popular itu menang mengatasi Anies pun dia tetap akan
memotong payudaranya.
Melalui klip video itu wanita terbabit juga menunjukkan nama
doktor onkologi yang akan ditemuinya di hospital berkenaan, iaitu Dr Djoko
Dlidir.
Semalam penduduk Jakarta mengundi bagi memilih gabenor bagi
bandar raya berkenaan. Ia adalah pengundian pusingan kedua selepas pusingan
pertama lalu tiada mana-mana pasangan memperoleh sokongan lebih 51 peratus.
Pusingan pertama diadakan pada 15 Februari lalu. Ketika itu
ada tiga pasangan bertanding. Selain gandingan Ahok - Djarot dan Anies -
Sandiaga, pasangan ketiga ialah Agus Harimurti Yudhoyono - Sylviana Murni.
Semalam kiraan awal menunjukkan Anies - Sandiaga memperoleh
58 peratus undi berbanding 42 untuk Ahok - Djarot. Anies seorang aktivis
mahasiswa sebelum ini pernah dipilih Presiden Joko Widodo sebagai menteri
pendidikan Indonesia.
Enam hari lalu wanita terbabit menarik perhatian ramai
apabila memuat naik rakaman videonya.
"Seandainya Anies - Sandi esok menang, saya rela ptong
payudara saya. Saya berani potong payudara saya, potong susu saya kalau Anies -
Sandi sandi menang," katanya.
Dia juga bertanya kepada seorang lelaki - dikenali sebagai
Haji Lulung - yang berjanji memotong kedua-dua cuping telinga dan hidungnya
jika Ahok menang.
"Kamu berani potong anumu, aku juga berani potong
anuku. Anumu besok, Lulung, yang motong siapa? Kalau anuku, payudaraku, esok
yang motong pak Djoko Dlidir," katanya.-Malaysia Kini
Wanita Kota Janji Potong Payudara Kerana Ahok Kalah— Wartawan Jalanan (@W_Jalanan) 20 April 2017
Baca Berita Penuh: https://t.co/yaN5JQfVYk pic.twitter.com/v9VxfKs4z0

Ulasan
Catat Ulasan