Beijing Bersubahat Dengan Pyongyang, Dakwa Trump
FLORIDA: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mendakwa berjaya 'menangkap' China yang masih bersekongkol dengan Korea Utara. Menurut Trump, berhubung sekatan ekonomi janji yang dilontarkan Beijing ke atas Pyongyang jelas palsu selepas China didapati masih menjalankan urusan ekonomi melibatkan jual beli minyak dengan Korea Utara Satelit perisikan mengeluarkan video yg dapat mengesan berlakunya 30 proses pemindahan minyak dari kapal milik China kepada kapal milik Korea Utara di sempadan perairan kedua-dua negara sejak Oktober lalu. “Caught RED HANDED” adalah kenyataan Trump yang dipetik dari laman twitter-nya. Trump menyatakan kekesalannya dengan China yang membenarkan minyaknya masuk ke Korea Utara, tiada lagi penyelesaian terbaik berdepan Korea Utara jika ini masih diteruskan.” China menjelaskan persetujuan sekatan ekonomi ke atas Korea Utara oleh Beijing tidak melibatkan urusan minyak. Jurucakap Kementerian Pertahanan China, Ren Guoqiang berkata resolus...