Polis Siasat Gambar Lucah Ahli Parlimen Indonesia
JAKARTA – Ketika Malaysia kecoh dengan foto intim dua tokoh
pembangkang terkenal, Indonesia pula gempar dengan penularan gambar lucah seorang
anggota Parlimen tempatan yang agak popular.
Media melaporkan, pihak polis menyiasat penyebaran sejumlah
foto pornografi yang jelas memaparkan wajah ahli Suruhanjaya VII Dewan
Perwakilan Rakyat dari Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra), Aryo
Djojohadikusumo.
Ia secara kebetulan ditularkan selepas wakil parti itu,
Anies Baswedan mengalahkan calon pilihan, Basuki Tjahaya Purnama tanpa diduga
dalam pusingan kedua Pemilihan Umum Ketua Daerah (Pilkada) Jakarta yang cukup
sengit.
“Itu dapat kami lakukan penelusuran ya,” kata Ketua Bahagian
Hubungan Masyarakat Polis Daerah Metro Jaya, Komisioner Argo Yuwono kepada
media. Setakat ini belum ada lagi laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak.
Beliau menambah bahawa siasatan polis boleh dimulakan sebaik
sahaja ada aduan rasmi waima daripada model bogel dalam foto ‘panas’ itu
sebagai kes cubaan jahat pihak tertentu untuk mengaibkan maruah individu
tersebut.
Bagaimanapun, di bawah undang-undang antipornografi
Indonesia, sesiapa sahaja termasuk si pasangan dalam gambar berkenaan yang
didapati sengaja menyebarkan foto erotik sedemikian juga boleh didakwa di
mahkamah.
Polis Indonesia Siasat Foto Lucah Ahli Parlimen
“Individu dalam foto itu jika sebar pun boleh ditahan untuk
disiasat sebagai kes jenayah pornografi. Kami kena lihat dulu apakah dia
sengaja atau ada pihak ketiga yang menyebarkan tanpa pengetahuan pasangan itu,”
terang Argo.
Netizen republik terbesar di rantau Asia tenggara itu sejak
semalam kecoh dengan penularan empat foto yang jelas menampakkan muka Aryo
ceria memeluk manja tubuh seorang model popular tanpa busana dalam sebuah bilik
air.
Turut dipaparkan ialah adegan hubungan seks pasangan
tersebut yang bertelanjang di atas ranjang. Aryo yang masih bujang merupakan
anak tokoh pengasas Gerindra dengan ramai ahli keluarganya pula aktif politik
nasional.
Dalam pada itu, media tempatan melaporkan bahawa Timbalan
Ketua Umum Gerindra, Sufmi Dasco Ahmad turut mengesahkan lelaki dalam foto
tersebut bukan Aryo setelah dimaklumkan orang ramai yang mahukan kepastian.
“Sudah disahkan dan saya pastikan itu bukan yang berkenaan,”
katanya menyifatkan penyebaran foto porno itu sebagai cubaan jahat pihak
tertentu menjejaskan imej parti dan Anies selepas Pilkada. –
Agensi/Mynewshub.cc/HAA



Ulasan
Catat Ulasan