Video: Ditipu Syarikat Kereta Sambung Bayar

SERDANG - Lebih 23 orang pemilik kereta yang menjadi mangsa penipuan syarikat pajakan kenderaan yang menjalankan kegiatan kereta sambung bayar berkumpul di premis simpanan kereta Jalan Sungai Sekamat, Kajang bagi menuntut semula kereta mereka.

Yusuf Azmi merupakan Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membawa semua 23 mangsa ke sebuah pusat penyimpanan kenderaan pada 11 pagi.

ketika ditemui, pihaknya telah mendapatkan perkhidmatan trak tunda untuk membawa kereta terbabit bersama pemiliknya ke lokasi yang telah dipastikan atau balai polis berhampiran untuk tindakan selanjutkan.

Usaha untuk tunda kenderaan berkenaan mula jadi masalah apabila pekerja syarikat pajakan itu mula mengugut syarikat trak tunda yang datang membantu.

Yusuf Azmi terpaksa menggunakan perkhidmatan trak tunda di luar kawasan dan berjaya mengeluarkan sebuah Proton Exora mangsa sementara kira-kira 10 trak tunda lain dalam perjalanan ke lokasi untuk menarik baki 22 lagi kenderaan," katanya.

Sebelum ini Harian Metro pernah melaporkan bahawa PPIM menerima lebih 500 aduan mengenai penipuan syarikat pajakan kenderaan didalangi lelaki bergelar Datuk Seri.

Ketua aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata, modus operandi digunakan oleh syarikat pajakan kenderaan ini ialah sambung bayar menerusi satu perjanjian yang sebenarnya tidak membawa nilai kepada pemilik kenderaan. - Harian Metro

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Suami Lumpuh, Isteri Curang Dengan Rakan Sekerja