Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kecuaian

Bayi Ditinggalkan 4 Jam Dalam Kereta Disahkan Meninggal Dunia

Imej
Akibat kecuaian seorang wanita, bayi kecil berusia 2 bulan meninggal dunia selepas 4 jam ditinggalkan dalam kereta oleh ibunya. Ibu mangsa merupakan tenaga pengajar di sebuah kolej kemahiran di Port Dickson dikatakan membawa anaknya pergi ke tempat kerja. Kejadian berlaku pada jam 9 pagi itu, ibu mangsa dikatakan terlupa yang bayinya ada di dalam kereta tersebut dan meninggalkan bayi itu selepas meletakkan kenderaannya. Pada jam 1 tengahari barulah wanita itu menyedari yang bayinya tertinggal di dalam kereta dan bergegas untuk mendapatkan anaknya itu namun bayi kecil itu sudah tidak sedarkan diri. Wanita berkenaan membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Port Dickson dan doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia, kemudian kes itu dirujuk ke Hospital Port Dickson. Sumber:Harian Metro, Editor:Anna

Zakar Dijangkiti Parasit Gara-Gara Beronani Dengan Perut Ikan

Imej
TOKYO : Seorang lelaki menghadapi saat-saat sukar apabila dia terpaksa merana kerana zakarnya telah dijangkiti dengan sejenis kuman mahupun parasit apabila dia bertindak di luar jangkaan dengan menggunakan isi perut sejenis ikan bagi memuaskan nafsunya. Lelaki terbabit dikatakan telah mengalami jangkitan itu selepas pundi kencingnya sukar untuk berfungsi selain ianya turut menyakitkan selepas melakukan perlakuan seks dan turut mendakwa bahawa dia telah berulang kali membersihkan perut ikan terbabit. Berita mengenai tindakan yang agak keterlaluan ini telah menjadi terkenal di seluruh Jepun di mana dia juga turut memuat naik beberapa keping gambar di mana dia menjadikan isi perut ikan terbabit sebagai sarung tangan. Difahamkan, ikan yang diguna pakai oleh lelaki terbabit adalah sejenis ikan pemancing atau Anglerfish yang hanya akan dtemui di kawasan laut dalam sahaja. Menurut mangsa yang tidak mahu mendedahkan identitinya, dia mendakwa bahawa dia tertarik untuk mencuba cara sebegini ke...

Sedih ! Kanak- Kanak Temui Ajalnya Kerana Lemas Dalam Baldi

Imej
TUMPAT- Seorang kanak-kanak perempuan yang berusia setahun enam bulan dipercayai lemas selepas dia tersembam di dalam baldi yang penuh dengan air di depan rumahnya terletak di Kampung Talak. Mangsa yang bernama Nurul Hidayah Mohd Rozaimi telah dikejarkan ke Hospital Tumpat pada hari Isnin lepas kira-kira pukul 10 pagi. Mangsa dikatakan tidak sedarkan diri dah seluruh muka nya telah bertukar menjadi kebiru-biruan. Menurut ibu mangsa Malini Mazlan, 29,berkata anak kesayangan nya itu dikejarkan ke bilik (PICU) ,selama tiga hari dia tidak sedarkan diri. Doktor telah mengesahkan bahawa anak nya meninggal dunia pada pukul 4.30 petang semalam. Mangsa merupakan anak kedua Malini. "Anak saya dikejarkan ke Unit Rawatan Insentif kanak-kanak (PICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) kerana keadaannya sangat kritikal. "Selama dua malam arwah ditahan di dalam wad, namun Allah lebih sayangkan dia,"kata Marlini yang sedang sarat mengandung 9 bulan. Semasa mencerit...

Maut Akibat Tertusuk Sabit Di Ladang Kelapa Sawit.

Imej
PERAK: Seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 12 tahun maut selepas dadanya tertusuk sabit ketika mengikut datuknya di Kampung Sungai Tiang Darat di Bagan Datuk petang semalam. Sabit tersebut dipercayai jatuh ketika datuknya sedang mengait buah sawit dan difahamkan kanak-kanak tersebut tidak sempat menyelamatkan diri. Menurut Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar, kejadian tersebut telah menimpa Mohd Riduan Hakim Abd Rashid, iaitu murid tahun enam dari Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang Darat kira-kira pada jam 2 petang. "Siasatan awal mendapati mangsa telah mengikuti datuknya untuk pergi mengait sawit sempena cuti sekolah sekitar jam 9.30 pagi." "Semasa salah seorang ahli keluarga mangsa sedang mengait sawit, tiba-tiba buah sawit yang dikait telah jatuh bersama-sama sabit melalui kayu kait dan sabit berkenaan melantun mengenai bahagian kiri dada mangsa," katanya. "Datuk mangsa tidak terlibat dengan kes ini kerana ia berlaku s...

Disedut Masuk Kedalam Mesin MRI, Lelaki Tersebut Maut

Imej
MUMBAI – Seorang lelaki telah menemui ajalnya apabila disedut ke dalam mesin Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) di sebuah hospital di Mumbai. Mangsa yang bernama Rajesh Maru, 32, telah membawa sebuah silinder oksigen apabila dia menemani seorang saudaranya ke bilik MRI di Hospital Kebajikan BYL Nair Charitable. Tarikan magnet MRI yang kuat itu telah menyedutnya sebaik sahaja dia memasuki bilik itu. Maru tidak dapat melepaskan dirinya kerana tangannya tersepit dan melekat seperti 'dipaku' di antara mesin MRI dan silinder oksigen yang dibawanya. Pesakit yang ditemani mangsa telah menjerit untuk meminta bantuan, kemudian beberapa orang lelaki segera masuk lalu menarik mangsa sehingga berjaya keluar daripada mesin itu. Maru dikejarkan ke hospital kerana mengalami pendarahan, namun nyawanya tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia di hospital. Menurut laporan NDTV, saudara Maru yang bernama Harish Solanki berkata salah seorang kakitangan telah memberitahu tidak pe...

Akibat Kasihankan Pengasuh, Ibu Bapa Kanak-kanak Ini Enggan Buat Laporan Polis

Imej
Cukup perit apabila melihat keadaan anak kecil ini yang terpaksa menanggung derita kerana melecur akibat terkena air panas atas kecuaian pengasuhnya. Kisah ini diceritakan oleh salah seorang pengguna di laman Twitter.Mari kita ikuti kisah kanak-kanak malang ini. Mangsa bernama Mohamad Safiy Solihin Bin Mohd Aiman, baru berumur setahun lebih, dilaporkan telah dikejarkan ke dalam bilik ICU hampir tiga minggu disebabkan kecuai pengasuh yang menjaganya. Menurut laporan pengasuh tersebut dikatakan meletakkan cerek panas itu di atas lantai. Di sini kita sendiri boleh menilai bahawa pengasuh tersebut bersikap cuai terhadap anak asuhan nya. Kedua ibu bapa kanak-kanak ini dikatakan tidak mahu membuat report polis atau menyaman pengasuh tersebut kerana kasihan kepada pengasuh itu yang sudah tua dan susah.Kata mereka jika disaman tiada kesudahan nya.Tentu sahaja pengasuh itu tidak mempunyai wang untuk membayar saman tersebut. Kos perubatan kanak-kanak ini dikatakan mencecah puluhan ribu. Mujur,...

Tertembus Besi Hingga Ke Jantungnya Tetapi Masih Selamat

Imej
BRAZIL - Marivaldo Jose da Silva, seorang budak lelaki berusia 11 tahun, sedang bermain di sebuah tangga di halaman rumahnya di Toritama, Brazil pada 18 Januari Lalu. Tanpa disedari, tiba-tiba Marivaldo hilang imbangan badan lalu jatuh ke atas batang besi yang digunakan untuk memanggang ayam atau daging. Salah satu batang besi itu menusuk di tubuh Marivaldo, tepat di bawah bahunya dan menebus dada kanak-kanak itu. Keluarga Marivaldo segera membawa budak itu ke hospital. Setelah keadaannya stabil, dia kemudian dibawa ke hospital lain yang mempunyai kelengkapan lebih lengkap dan terletak 170 kilometer dari bandar itu. Apabila tiba di hospital, doktor mendapati bahawa batang besi tersebut menembusi jantung Marivaldo. Dr Andrea Rolim, yang terlibat dalam pembedahan selama satu setengah jam untuk mengeluarkan besi tersebut. “Besi itu menusuk di dalam otot dan bergerak bersamaan dengan degupan jantung, Marivaldo  bertuah kerana masih hidup". “Jika keluarganya mencabut...

Kesian! Wanita Hamil Ini Meninggal Setelah 7 Bulan Mengandung, Doktor pun Menyalahkan Keluarganya Kerana Tindakan Bodoh Mereka Ini!

Imej
Seorang wanita yang bernama Hasmah telah berkahwin dengan lelaki yang bernama Razak yang bekerja sebagai petani dan tinggal di desa. Setelah berkahwin, Razak membawa Hasmah tinggal bersama ibu bapanya di kampung dan kehidupan Hasmah sangat bahagia kerana ibu bapa Razak sangat menyayanginya. Setelah hampir setahun mendirikan rumah tangga, Hasmah disahkan hamil anak pertama. Kerana terlalu gembira, ibu bapa Razak telah membuat persiapan untuk menyambut cucu pertama mereka. Namun kebahagiaan yang dirasai tidak bertahan lama apabila usia kandungan Hasmah mencecah 7 bulan kerana ajal telah menjemput si ibu dan bayi dalam kandungan. Hasmah mempunyai tekanan darah yang tinggi semasa hamil dan akhirnya menyebabkan stroke hingga meragut nyawanya dan bayi yang dikandung. Sepanjang kehamilan beliau, Hasmah sering mengadu sakit kepala hingga jatuh pengsan dan Hasmah sendiri mengetahui dirinya mempunyai tekanan darah namun ibu bapa mertuanya mengatakan bahawa itu perkara biasa yang dialami oleh ...

Kakak Ajar Dua Adik Buat Seks

Imej
INDONESIA: Akibat terlalu kerap menunjukkan adegan-adegan panas di hadapan anak-anak sendiri,sepasang suami isteri kini menghadapi masalah yang besar dalam hidup mereka. Menurut laporan sebuah akhbar Surabaya, masalah ini terjadi apabila seorang doktor pakar psikologi mengesahkan bahawa anak mereka, iaitu Yuni yang baru sahaja berusia 10 tahun telah mengalami masalah ketagihan seks. Hal itu diketahui selepas Yuni turut mengajar mengenai seks kepada dua adiknya yang masing-masing berusia antara 7 dan 4 tahun dan meminta mereka untuk memainkan alat kelamin mereka sendiri. Tidak hanya sampai di situ sahaja, dia juga turut merakam dan memaksa adiknya untuk melakukan hubungan intim sama seperti apa yang dilakukan oleh orang dewasa. Menurut Pengendali Pusat Pelindungan Kanak-Kanak Surabaya dalam sidang media hari ini berkata bahawa mereka terpaksa memberikan Yuni sejenis ubat untuk mengurangkan nafsu Yuni terhadap seks. “Kini anak tersebut diberi ubat untuk menurunkan libido sehingga akti...

Mati Dalam Pelukkan Kekasih Gelap

Imej
Pada zaman kini, terlalu banyak ragam manusia dan antaranya adalah kecurangan suami isteri yang tidak mahu menjaga pasangan sendiri malahan bermain cinta dengan pasangan orang lain. Bukan sahaja tidak mampu memuaskan hasrat batin pasangan sendiri malahan sanggup mengambil ubat kuat untuk memuaskan pasangan orang lain sehingga membahayakan nyawa sendiri. Hal ini terjadi kepada pasangan kekasih Wanto, 53, dan Janatun, 44, apabila pasangan dua sejoli yang masing-masing telah berkahwin menjalin hubungan cinta berakhir tragedi apabila Wanto menemui ajalnya dalam pelukan Janatun di sebuah bilik hotel, di Jalan Panglima Sudirman, Lamongan, pada Selasa 2 Januari. Kejadian itu terjadi pada awal bulan Januari 2018 dan menjadi hari yang mengejutkan bagi pasangan kekasih yang tinggal di Dusun Sekaran RT 06 RW Desa Sekarbagus, Kecamatan Sugio, Kabupaten Lamongan. Mereka membuat temu janji untuk berjumpa dan saling memuaskan hasrat masing-masing dalam sebuah hotel. Setelah selesai membu...

Niat Hati Ingin Menolong Tapi Lain Pula Jadinya

Imej
ROMANIA: Ketika cuba menyelamatkan seorang wanita, mangsa merupakan seorang lelaki kini putus buah zakar belah kiri akibat di gigit anjing. Mangsa telah di serang dua ekor anjing di Iasi. Lelaki berusia 47 tahun itu bersama seorang lagi lelaki berusaha menyelamatkan wanita 22 tahun yang diserang dua anjing jenis American Staffordshire Terriers yang terlepas dari laman sebuah rumah. Menurut laporan, seorang daripada lelaki itu cuba melawan anjing terbabit menggunakan batang penyapu manakala wanita yang diserang sebelum itu, melarikan diri dengan baju yang terkoyak. Seekor anjing itu menggigit bahagian sulit lelaki 47 tahun itu menyebabkan buah zakarnya putus. Lelaki seorang lagi yang berusia 66 tahun di gigit tangan. Pasukan paramedik yang tiba merawat semua mangsa termasuk wanita itu yang cedera di tangan dan kaki namun lelaki 47 tahun itu dikejarkan ke hospital dengan pasukan pembedahan sudah bersiap sedia. Menurut laporan itu kata pakar bedah Dr Bogdan Novac, gigitan pada buah...

Tidak Sangka Budak Yang Jatuh Dari Tingkat Tujuh itu Adalah Anak Kandung Sendiri

Imej
KETIKA kejadian berlaku pada 7.30 pagi itu, mangsa tinggal berdua bersama adik lelakinya di dalam rumah, manakala bapanya menghantar tiga lagi abangnya ke sekolah. Budak lelaki berusia enam tahun parah selepas terjatuh dari tingkat tujuh pangsapuri di Setia Alam, Shah Alam, hari ini. Kejadian hanya disedari bapa mangsa berusia 40-an selepas pulang ke rumah dan mendapati anaknya sudah terbaring di bawah pangsapuri berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri. Seorang saudara yang enggan dikenali berkata, mangsa dan adiknya itu sedang tidur di dalam bilik ketika bapanya mahu menghantar tiga lagi abangnya ke sekolah. Menurutnya, pintu rumah berkenaan dikunci namun sebaik bapa mangsa pulang ke rumah untuk menghantar mereka ke pusat asuhan kanak-kanak, mangsa tiada di dalam biliknya dan hanya adiknya saja yang masih tidur. "Bapanya kemudian turun ke pondok pengawal dan bertanyakan mengenai anaknya, namun mereka tidak melihat kanak-kanak itu. "Bagaimanapun, dia menemu...

Kanak-kanak Jatuh Dari Tingkat 4 Nyaris - Nyaris Maut

Imej
KUANTAN: Seorang bayi lelaki berusia 17 bulan nyaris menempah maut apabila satu kejadian berlaku di mana mangsa dikatakan terjatuh dari tingkat empat flatnya di Kompleks Desa Tentera Darat, Sungai Panching, Kuantan, semalam. Kejadian difahamkan berlaku pada pukul 5.15 petang ketika mangsa dikatakan berada di rumah bersama dengan ibunya. Mangsa kemudiannya dikatakan bermain di sekitar ruang tamu rumah dan dia turut membuka pintu “sliding” di beranda. Selepas itu, bayi berkenaan keluar dan bermain seperti biasa di sekitar kawasan beranda namun secara tiba-tiba kejadian yang diingini berlaku di mana dia jatuh secara tiba-tiba. Bapa mangsa yang merupakan seorang anggota tentera dikatakan sedang membasuh kereta di luar rumah menyedari kejadian yang berlaku itu dan segera mendapatkan anaknya. Mangsa bagaimanapun sempat di selamatkan dan dia dikatakan tidak mengalami kecederaan yang serius. Keluarga mangsa yang menyedari akan perkara tersebut terus membawa mangsa ke Hospital Tengku Ampu...

Perangkap Maut Di Bekas Lombong Bauksit, Kuantan

Imej
KUANTAN – Penduduk yang tinggal berhampiran dengan bekas lombong bauksit sekitar daerah ini, digesa untuk lebih berhati-hati kerana kawasan itu berisiko menjadi 'perangkap maut' pada musim tengkujuh. Anggota Parlimen Paya Besar Datuk Seri Abdul Manan Ismail yang menyuarakan kebimbangan berhubung perkara itu berkata, pada  lubang bekas bauksit itu tidak berbeza dengan kawasan lain kerana digenangi air pada pandangan mata kasar. "Bekas lombong itu dalam dan dikhuatiri jika ada yang terjatuh, khususnya kanak-kanak, mereka tidak dapat menyelamatkan diri kerana panik atau tidak tahu berenang," katanya kepada pemberita semasa ditemui di pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan di sini, hari ini. Beliau juga berharap pemilik tanah atau pengusaha bauksit untuk lebih bertanggungjawab kerana masih banyak lombong bauksit yang tidak dikambus semula walaupun banyak kematian akibat lemas berlaku. Abdul Manan meminta ibu bapa untuk mengawasi ...

Padah Tidak Pandang Belakang

Imej
MELAKA: Seorang pelajar lelaki tahun dua hari ini dilaporkan cedera di kepala dan anggota badan selepas dikatakan dilanggar sebuah kereta yang sedang mengundur di Sekolah Kebangsaan Air Baruk, Jasin. Kejadian menyayat hati itu berlaku sekitar jam 6.50 pagi ketika murid terbabit sedang berjalan dalam kawasan sekolah terbabit. Superitendan Mohd Sham Abdullah selaku Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Negeri berkata, ketika kejadian seorang pengawal keselamatan sekolah terbabit yang berusia 62 tahun dikatakan sedang meletakkan keretanya berhampiran bangunan sekolah untuk mengambil barang. “Sebaik sahaja pengawal keselamatan itu memasuki kereta, dia mengundur dan kemudiannya memandu ke hadapan sebelum seorang guru sempat menjerit dan memintanya untuk menghentikan kereta kerana seorang murid sudah dilanggar”. Tambahnya lagi, mangsa dilaporkan berada dalam keadaan sedar sebelum sempat dikejarkan ke Hospital Jasin bagi mendapatkan rawatan dan telah dipindahkan ...

Nyaris Buta Akibat Ubat Titis Mata

Imej
TERSALAH guna ubat titis mata. Malang sungguh seorang lelaki apabila tersalah ambil ubat titis mata, dia ingatkan ubat titis mata rupa-rupanya gam gajah. Keadaan ini menyebabkan mata tidak boleh dibuka. Lelaki itu kemudian panik lalu bergegas ke hospital mata di Oxford dalam keadaan sakit. Menurut doktor, lelaki itu bernasib baik kerana dia membasuh matanya dahulu sebelum datang ke hospital, jika tidak keadaan menjadi lebih teruk. Majalah terbabit British Medical Journal melaporkan kerjadian ini adalah kes paling menakutkan yang berlaku pada minggu ini dan salah satu daripada 15,000 kes yang diterbitkan. Kes ini mendapat perhatian disebabkan gam gajah itu dijual dalam botol yang sama dengan botol untuk ubat mata. Ia dilaporkan sering berlaku sejak 1982 lagi. Selain itu, kes ini juga memberi peringatan kepada profesional dalam bidang perubatan untuk membuat laporan kepada pengilang atau pihak berkuasa bagi pihak pesakit. – MYNEWSHUB.CC - Editor: Amylea Nazrul

Bayi Yang Dilahirkan Tanpa Kepala

Imej
TUNTUTAN undang-undang diambil terhadap hospital kerana didakwa melakukan kecuaian melampau apabila seorang doktor secara tidak sengaja memutuskan kepala bayi mereka hingga terpisah dari badannya, suami isteri memfailkan tuntutan tersebut. Valazquez dikatakan hamil 22 minggu dan bersalin awal ketika sedang membuat persediaan menyambut Krismas di rumah keluarganya di Salvador Mazza, Argentina. Reina Natalia Valazquez, 30, dan suaminya hanya pulang ke rumah bersama kotak berisi mayat bayi mereka yang diserahkan oleh pihak hospital. Kejadian berlaku apabila doktor mengalami kesukaran untuk mengeluarkan bayi pra matang itu ketika menyambut kelahirannya. Katanya, ketika kejadian, suaminya berada di luar membeli lampin bayi dan terkejut apabila melihat doktor memapah bayinya tanpa kepala. “Ketika bersalin, kami tidak tahu sama ada doktor atau bidan yang menarik bayi hingga kepalanya terpisah dari badan,” katanya dalam tuntutan mereka. Pengarah hospital, Jose Fern...

Geng Apak Berjaya Diberkas Oleh Pihak Polis

Imej
SUSPEK ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu pada 1.30 pagi semalam, selepas tiga jam kumpulan tersebut menyamun warga emas berusia 60 tahun di Jalan Tanjung Kidurong di Bintulu.Polis tumpaskan Geng Apak yang terbabit kegiatan samun dengan tertangkapnya empat lelaki berusia 20 hingga 29 tahun dalam serbuan awal pagi semalam. Ketua Polis Daerah Bintulu Superintendan Zulkipli Suhaili berkata, suspek yang menaiki Perodua Myvi menetak kepala mangsa menggunakan sebilah parang dan meminta warga emas itu menyerahkan barang berharga serta wang tunai. Menurutnya lagi, mangsa yang ketakutan menyerahkan telefon bimbit dan wang tunai. "Polis kemudian menubuhkan pasukan khas menerusi Op Cantas untuk mengesan suspek. "Perodua Myvi yang dinaiki dua lelaki Itu dikesan dalam keadaan mencurigakan di Jalan Masjid kira-kira 1.30 pagi sebelum anggota polis memperkenalkan diri bagi pemeriksaan lanjut," katanya dalam sidang media, hari ini. Superintendan Zulkipli b...

Doktor Didakwa Di Mahkamah Selepas Terpotong Zakar Pesakit

Imej
TERTUDUH Azahari Hashim, 52, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik semua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Afidah Idris. Doktor yang dilaporkan terpotong kepala zakar kanak-kanak berusia 10 tahun ketika proses berkhatan tahun lepas didakwa di Mahkamah Majistret Kajang, hari ini, atas tuduhan mendatangkan kecederaan parah terhadap mangsa di sebuah klinik. Mengikut pertuduhan, dia secara cuainya mendatangkan kecederaan parah terhadap kanak-kanak lelaki yang kini berusia 11 tahun.Semua kesalahan yang dilakukan di Klinik Keluarga, No 6, Jalan CU 15/B, Taman Cheras Utama, Hulu Langat, pada 8.15 malam, 20 Disember 2016. Dakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 338 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika di sabit kesalahan. Selain itu, bapa kepada empat anak itu turut didakwa membuka klinik perubatan swasta tidak berdaftar dan bagi kesalahan berkenaan, dia didakwa mengikut Se...

Pengecas Telefon Punca Kebakaran

Imej
SHAH ALAM - Seorang lelaki mengalami nasib malang selepas pengecas telefon bimbit yang sedang digunakan terbakar di rumahnya di Dataran Automobil, Seksyen, 15. Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi, mangsa dikatakan sedang mengecas telefon bimbitnya di atas tilam di dalam bilik, kata Timbalan Ketua Polis Shah Alam, Superitendan Nek Zaidi Zakaria. Mangsa kemudiannya melihat percikan api dari pengecas telefon bimbit berkenaan dan percikan tersebut terkena pada tilam. "Percikan tersebut telah menyambar tilam mangsa dan dia cuba untuk memadamkan api itu namun tidak berjaya kerana bahan tilam mudah terbakar. "Mangsa kemudiannya terus menghubungi pihak polis dan bomba kerana api semakin marak dan merebak manakala punca kebakaran dipercayai dari litar pintas," katanya. Pihaknya juga mengambil masa selama kira-kira 25 minit bagi memastikan api tersebut padam spenuhnya, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15, Azmel Kamaruddin. Kebakaran tersebut telah m...