Doktor Didakwa Di Mahkamah Selepas Terpotong Zakar Pesakit
TERTUDUH Azahari Hashim, 52, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik semua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Afidah Idris.
Doktor yang dilaporkan terpotong kepala
zakar kanak-kanak berusia 10 tahun ketika proses berkhatan tahun lepas didakwa di Mahkamah
Majistret Kajang, hari ini, atas tuduhan mendatangkan kecederaan parah terhadap
mangsa di sebuah klinik.
Mengikut pertuduhan, dia secara cuainya mendatangkan
kecederaan parah terhadap kanak-kanak lelaki yang kini berusia 11 tahun.Semua
kesalahan yang dilakukan di Klinik Keluarga, No 6, Jalan CU 15/B, Taman Cheras
Utama, Hulu Langat, pada 8.15 malam, 20 Disember 2016.
Dakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 338
Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau
denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika di sabit kesalahan.
Selain itu, bapa kepada empat anak itu
turut didakwa membuka klinik perubatan swasta tidak berdaftar dan bagi
kesalahan berkenaan, dia didakwa mengikut Seksyen 4 Akta Kemudahan dan
Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 5
akta sama.
Manakala bagi pertuduhan ketiga, dia
didakwa tidak mempunyai Sijil Amalan Perubatan yang sah dan dakwaan kes
mengikut Seksyen 33 Akta Perubatan 1971 dan boleh hukum di bawah Seksyen 35
akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM2,000, jika di sabit
kesalahan. Kesalahan itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM300,000 atau
penjara maksimum enam tahun atau kedua-duanya, jika di sabit kesalahan.
Pendakwaan kes Timbalan Pendakwa Raya Megat
Mahathir Megat Tharih Afendi manakala tertuduh diwakili peguam Al Sabri Ahmad
Kabri.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin
keseluruhan RM9,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Januari ini
sebagai sebutan kes semula.
Media sebelum ini melaporkan kanak-kanak
berusia 11 tahun itu mungkin terpaksa menanggung kecacatan pada zakar sepanjang
hidup selepas bahagian kepala kemaluannya terpotong ketika berkhatan
menggunakan kaedah laser. Sumber: Harian Metro – Editor: Amylea Nazrul

Ulasan
Catat Ulasan