Bayi Yang Dilahirkan Tanpa Kepala


TUNTUTAN undang-undang diambil terhadap hospital kerana didakwa melakukan kecuaian melampau apabila seorang doktor secara tidak sengaja memutuskan kepala bayi mereka hingga terpisah dari badannya, suami isteri memfailkan tuntutan tersebut.

Valazquez dikatakan hamil 22 minggu dan bersalin awal ketika sedang membuat persediaan menyambut Krismas di rumah keluarganya di Salvador Mazza, Argentina.

Reina Natalia Valazquez, 30, dan suaminya hanya pulang ke rumah bersama kotak berisi mayat bayi mereka yang diserahkan oleh pihak hospital.

Kejadian berlaku apabila doktor mengalami kesukaran untuk mengeluarkan bayi pra matang itu ketika menyambut kelahirannya.

Katanya, ketika kejadian, suaminya berada di luar membeli lampin bayi dan terkejut apabila melihat doktor memapah bayinya tanpa kepala.

“Ketika bersalin, kami tidak tahu sama ada doktor atau bidan yang menarik bayi hingga kepalanya terpisah dari badan,” katanya dalam tuntutan mereka.

Pengarah hospital, Jose Fernandez berkata kepada laman Web InformateSalta bahawa Doktor tidak mahu melakukan pembedahan caesarean ke atasnya memandangkan terdapat bukaan 11 sentimeter (cm).

“Kandungannya dalam keadaan songsang jadi badannya keluar dahulu. Apabila sampai di bahagian kepalanya, terdapat kekejangan di bahagian serviks yang menekan leher bayi. Doktor sakit puan memanggil Doktor yang lain untuk cuba mengeluarkan bayi tetapi terdapat koyakan dan terputus hingga tertinggal kepala di dalam,” katanya.


Perkhidmatan pendakwaan Argentina mengesahkan siasatan sudah dimulakan bagi mengenal pasti punca kematian bayi terbabit. Sumber:Harian Metro – Editor: Amylea Nazrul

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kanak-Kanak 7 Tahun Gila Akibat Terlalu Banyak Belajar

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Video Wanita Ketuk Keranda Bangkit Semula Dari Mati