Geng Apak Berjaya Diberkas Oleh Pihak Polis


SUSPEK ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu pada 1.30 pagi semalam, selepas tiga jam kumpulan tersebut menyamun warga emas berusia 60 tahun di Jalan Tanjung Kidurong di Bintulu.Polis tumpaskan Geng Apak yang terbabit kegiatan samun dengan tertangkapnya empat lelaki berusia 20 hingga 29 tahun dalam serbuan awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintendan Zulkipli Suhaili berkata, suspek yang menaiki Perodua Myvi menetak kepala mangsa menggunakan sebilah parang dan meminta warga emas itu menyerahkan barang berharga serta wang tunai.
Menurutnya lagi, mangsa yang ketakutan menyerahkan telefon bimbit dan wang tunai.

"Polis kemudian menubuhkan pasukan khas menerusi Op Cantas untuk mengesan suspek.

"Perodua Myvi yang dinaiki dua lelaki Itu dikesan dalam keadaan mencurigakan di Jalan Masjid kira-kira 1.30 pagi sebelum anggota polis memperkenalkan diri bagi pemeriksaan lanjut," katanya dalam sidang media, hari ini.

Superintendan Zulkipli berkata, suspek mengaku mereka terbabit dengan kejadian samun bersama dua lagi rakannya yang lain.

“Susulan maklumat itu, polis menahan dua lagi lelaki di rumah pekerja di Kawasan Perindustrian Tanjong Kidurong dan Flat Sungai Plan.

"Pemeriksaan lanjut menemukan pelbagai barangan curi seperti telefon bimbit, wang tunai berjumlah RM464, kad tambah nilai sebanyak 42 keping dan tablet hasil kegiatan samun.

"Polis juga merampas senjata tajam seperti pisau, parang dan kerambit serta peralatan menghisap dadah. Kenderaan yang digunakan untuk menyamun didapati Perodua Myvi milik saudara seorang daripada suspek," katanya.

Beliau berkata, suspek dipercayai aktif melakukan samun di sekitar Bintulu sejak seminggu lalu dan polis percaya tiga kes samun berjaya di selesaikan.

"Semua suspek yang positif syabu di reman sehingga 4 Januari ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah, Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958," katanya. Sember:Harian Metro – Editor: Amylea Nazrul

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kanak-Kanak 7 Tahun Gila Akibat Terlalu Banyak Belajar

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Video Wanita Ketuk Keranda Bangkit Semula Dari Mati