Wanita gelar kumpulan penunggang motorsikal “sampah paling bising”


Gambar sekumpulan besar penunggang motosikal yang memenuhi stesen minyak telah di muat naik di Twitter oleh seorang pengguna pada awal pagi tadi.

Pengguna tersebut memuat naik gambar dengan kapsyen yang mengundang pelbagai reaksi netizen dengan mengatakan mereka sampah paling bising.

Tweet yang di muat naik jam 3.17 pagi hari ini telah dikicau semula sebanyak 6,288 kali dan disukai 3,079 warga Twitter dan ada yang mengecamnya secara terbuka.

“Sebenarnya tiada apa-apa masalah. Perkara biasa apabila kenderaan banyak keadaan akan menjadi bising. Bukan mereka saja-saja nak buat begitu, tapi memang motor mereka bunyi begitu. Kalau kau nak sunyi sepi macam taman syurga pergi mati je lah.” – Kamalarridha

“Awak tu elok sangat ke nak kata orang sampah? Sedapnya mulut tu mengata orang sampah?. - Hazer

“Ya, kami sampah, tak ada maruah. Tapi boleh tegur elok-elok kan? Tak perlu nak kata kami sampah. Kami terima semua yang ditegur dan dihina. Terima kasih abang dan kakak sekalian.” - Hfzhssn

Kita bukan tuhan tak ada hak nak cop orang sebagai sampah. Buat kerja akak je tau scroll timeline ha main senyap-senyap okey.” – Ahmng

Walaupun mendapat kecaman daripada netizen, ada juga yang mempertahankan teguran wanita berkenaan.

Nak konvoi ramai-ramai orang tak kisah, yang sampah tu bila buat bising ramai-ramai kat stesen minyak tu.” – Muaz

“Betul tu, Shell bukan tempat berkumpul. Nak buat bising ramai-ramai, pergi ke dataran. Sekian.” Lou

“Kalau korang memekak dan menyusahkan pengguna jalan raya, tiada bezanya Mat Moto dan Mat Rempit. Kesimpulannya mereka sampah.” - Bakakashi

“Kami tak kisah kalau nak isi minyak di situ, tiada siapa berhak melarang tetapi yang membuat kitorang marah sebab kau main press tali minyak tu berlawan-lawan dengan motor lain.” – Amy
Editor:Farhana





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Suami Lumpuh, Isteri Curang Dengan Rakan Sekerja