Sudah Diberhentikan Kerja Kini Tangan Kudung Pula


PETALING JAYAKerana memiliki raut wajah yang jelita, wanita ini mudah diambil bekerja sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan negara ini.

Sally (bukan nama sebenar) yang bekerja di awan biru berpeluang mengembara ke beberapa destinasi pelancongan di dalam dan luar negara setiap kali bertugas.

Selepas syarikat penerbangan tersebut berdepan dengan masalah dan terpaksa memberhentikan ramai kakitangan, Sally terpaksa mencari pekerjaan baru .

Ketika itu, dia buntu mencari pekerjaan baharu untuk menyara diri dan keluarga.

Wanita berusia 26 tahun itu dapat menarik nafas lega apabila mengetahui mengenai peluang pekerjaan yang menawarkan gaji lumayan di Korea Selatan.

Ketika dihubungi mStar Online, Sally berkata masalah yang dihadapi menyebabkan dia saja nak mencuba kerana di Korea katanya boleh dapat gaji antara RM7,000 ke RM12,000 sebulan.

“Jadi, saya tak fikir panjang.”Katanya

Sally terpaksa membayar sebanyak RM5,000 kepada seorang ejen yang berjanji untuk mendapatkannya pekerjaan di negara K-pop itu dan mula merantau ke Korea sejak Oktober 2016.

“Pada mulanya saya memperolehi gaji seperti yang dijanjikan pihak ejen, namun semuanya hanya sementara apabila saya ditimpa kecelakaan sehingga menyebabkan jari tangan kanan saya kudung.” katanya

"Pihak kilang tidak memberi taklimat tentang keselamatan dan mesin di kilang itu tidak mempunyai 'sensor'.

"Saya terkejut ketika dengar bunyi yang sangat kuat dan tidak sedar tangan saya sebenarnya dah kena hempap dengan mesin itu," jelasnya yang mengalami kemalangan itu di sebuah kilang besi.

Sepanjang di negara itu, Sally beberapa kali bertukar tempat kerja dan pernah bertugas di syarikat kosmetik di Korea Selatan.

Korea Selatan memberikan visa perubatan untuk bagi memudahkan dia menjalani pemeriksaan kesihatan.

Sally bernasib baik kerana pihak majikan tidak lepas tangan, malah membawanya untuk membuat rawatan di hospital.

Pada masa yang sama, sukarelawan di negara itu memberi bantuan bagi memastikan haknya sebagai pekerja terpelihara sehingga kes itu selesai. Sumber:mStar Online , Editor:Farhana

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Suami Lumpuh, Isteri Curang Dengan Rakan Sekerja