Tumbuk Dinding Mahkamah Selepas Dijatuhkan Hukuman.

Ayer Keroh – Seorang wanita muda bertindak berang dengan menumbuk dinding selepas Mahkamah Sesyen, selapas hakim menjatuhan hukuman. Hakim menjatuhkan hukuman denda RM70,000 terhadapnya atas tuduhan menjalankan perusahaan pergigian tanpa lesen di Bukit Katil, Januari lalu. Hakim Norma Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap Nur Farahanis Ezatty Adli, 20, dari Alor Setar, Kedah selepas tertuduh membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menyediakan klinik pergigian swasta tanpa didaftarkan mengikut Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586) di Bakti Homestay, Jalan Bukit Katil, jam 10.15 malam, pada 25 Januari lalu. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut subseksyen 4(1) Akta 586 dan boleh dihukum mengikut subperenggan 5(1)(a)(i) akta sama yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM300,000 atau penjara maksimum enam tahun atau kedua-duanya. Terdahulu, Timbalan P...