Kisah Ngeri Ketika Memandikan Jenazah Seorang Perogol Bersiri.
Tepat pada pukul 8 malam, sebuah ambulans dari Pemkab Lutim telah sampai dengan membawa jenazah Ikbal atau lebih di kenali sebagai Kolor Ijo di hospital Bhayangkara Makassar.
Pihak hospital tersebut hanya membuat muka masam ketika menerima jenazah tersebut, bukan sahaja mereka tidak menyentuh jenazah tersebut malah nak melihat sahaja pun ramai yang tidak berani. Jenazahnya telah ditolak masuk oleh tiga orang petugas di situ.
Ketika jenazah tersebut hendak dimandikan, salah seorang petugas yang sepatutnya memandikan jenazah berkata bahawa tiga orang rakannya seperti tidak mahu memandikan jenazah tersebut, mereka hanya menyemburkan air seperti menyiram pokok ke jenazah itu.
Sebilangan lelaki yang berada di surau hospital berkenaan terdiam dan mereka kelihatan seperti enggan mengikut untuk menyembahyangkan jenazah tersebut.
Ikbal merupakan seorang banduan yang ditembak mati atas 30 kesalahan yang melibatkan kekejamannya seksual yang dilakukannya sepanjang tahun 2014 sehinggalah pertengahan 2015 di Timur dan utara Luwu, Indonesia.
Ikbal telah menjadi buruan polis selepas dia telah melarikan diri bersama-sama beberapa banduan lain dari sebuah penjara di Makassar kira-kira dua minggu lalu.
Dengan kematian Ikbal yang berusia 32 tahun itu telah menghilangkan ketakutan penduduk terutama kaum wanita yang masih trauma dengan jenayah kejam lelaki berkenaan.
Ulasan
Catat Ulasan