Video Tembak Rakan Sendiri Kerana Penipuan Jual Beli Telefon Bimbit.
GEORGIA, AMERIKA SYARIKAT – Seorang lelaki didakwa menembak
mati seorang lelaki hanya kerana bergaduh berhubung telefon bimbit.
Metro melaporkan, kejadian itu dirakam kamera keselamatan,
De’Andre Malik Thomas, 20, menyerah diri kepada polis, Jumaat lalu selepas
menembak mati Kareem Mano, 25, sehari sebelumnya.
Mano yang mempunyai seorang anak lelaki yang berusia sebulan
mati selepas ditembak berulang kali ketika melarikan diri daripada Thomas di
luar sebuah kedai runcit di Bloomfield.
Syerif Daerah Bibb, David Davis berkata, dua lelaki itu
bertengkar mengenai telefon bimbit yang dipercayai dijual Thomas kepada adik
perempuan kepada teman wanita Mano. Akhbar News Tribune melaporkan telefon itu
tidak dapat digunakan menyebabkan wanita terbabit mahukan wangnya semula.
Mereka berjumpa di tempat kejadian untuk membincangkan
penyelesaian tetapi bertukar menjadi pertengkaran sebelum Mano dilihat
mengeluarkan pistol tetapi kemudian menyimpannya semula.
Dua lelaki itu kemudian sekali lagi bertengkar sebelum
Thomas pula mengeluarkan pistol dan terus menembak Mano yang cuba menyelamatkan
diri sebelum dilihat rebah.
Rakaman tamat dengan Thomas menghilangkan diri manakala
seorang pemandu dilihat keluar membantu Mano.
Video Tembak Rakan Sendiri Kerana Penipuan Jual Beli Telefon Bimbit. Baca Berita Penuh: https://t.co/3ga8Y7I0Cg pic.twitter.com/8BdBlCto7c
— Wartawan Jalanan (@W_Jalanan) 14 Julai 2017
Ulasan
Catat Ulasan