Video: Padah Halang Ambulans, Pemandu Myvi Diburu Polis.

Polis sedang memburu pemandu sebuah Perodua Myvi yang dirakam kamera kerana menghalang ambulans di laluan kecemasan di Lebuhraya Persekutuan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat berkata pihak polis menggesa pemandu berkenaan tampil segera bagi membantu siasatan.

"Saya juga ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri," katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Selangor di Shah Alam, semalam.

Video yang di muat naik di Facebook itu dirakam menerusi kamera papan pemuka pada ambulans berkenaan di Lebuhraya Persekutuan berhampiran Shah Alam.

Dalam rakaman selama dua minit dan lima saat itu, pemandu Myvi terbabit dilihat memandu di lorong kecemasan dan menghalang kenderaan kecemasan itu walaupun siren telah dibunyikan.

Ketika kenderaan lain memberikan laluan mereka, Myvi berwarna hitam itu dilihat menyalakan lampu isyarat sebelah kiri dan tidak mengendahkan ambulans di belakangnya.

Pada akhir rakaman video, pemandu Myvi itu juga dilihat memecut laju sebelum masuk semula ke lorong kecemasan sehingga hampir menyebabkan kemalangan dengan ambulans terbabit.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi polis di talian 03-2052 9999 atau ke balai polis berhampiran.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.