Video Pegang Payudara Ramal Masa Depan Lelaki Tua Ini Dihentam Netizen.
Macam-macam cara dilakukan oleh tukang tilik kononnya untuk
melihat masa depan seseorang termasuk membaca tapak tangan dan melihat muka.
Namun lelaki ini mempunyai cara yang berbeza untuk meramal
masa depan seorang wanita, iaitu dengan memegang payudaranya. Video mengenai
tukang tilik ini telah disebarkan melalui laman sesawang Miaopai dan ia
dipercayai berasal dari China.
Dalam rakaman video terbabit, wanita yang dipegang
payudaranya itu kelihatan bingung dan bosan ketika dia dikelilingi oleh orang
ramai. Video yang dirakamkan oleh Xiao Yuwen itu mendapat perhatian ramai serta
ditonton beratus ribu kali.
Perbuatan tukang tilik itu turut mendapat respon sinis
daripada netizen yang menyifatkan dia sebagai `gatal’ dan cuba mengambil
kesempatan manakala wanita itu pula dibidas sebagai bodoh kerana sanggup
membiarkan payudaranya disentuh lelaki tua berkenaan. – Mynewshub
Ulasan
Catat Ulasan