Suspek Utama Perogol Dan Bunuh Yuyun Dengan Kejam Dihukum Mati.

Mahkamah di Indonesia di sini, menjatuhkan hukuman mati terhadap seorang lelaki yang menjadi ketua kumpulan 14 lelaki merogol dan membunuh pelajar sekolah di Bengkulu pada 2 April lalu.

Zainal, 23, dihukum mati selepas didapati bersalah memukul mangsa dikenali sebagai Yuyun hingga mati selepas pelajar itu dirogol bergilir-gilir oleh semua 14 tertuduh termasuk lapan remaja bawah umur.

“Kerana jenayah ini terlalu kejam, mahkamah menjatuhkan hukuman mati terhadap Zainal,” kata hakim, Henny Faridha, hari ini.

Empat lagi lelaki dihukum penjara 20 tahun kerana merogol mangsa yang berusia 14 tahun berkenaan, tujuh lagi sebelum ini dihukum penjara 10 tahun manakala seorang remaja berusia 13 tahun diarah menjalani program pemulihan selama setahun. Seorang lagi suspek masih diburu polis.

Kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari sekolah apabila dia dirogol kumpulan lelaki berkenaan yang mabuk. Mayat mangsa ditemui dalam keadaan bogel dalam parit besar di sebuah kebun getah dua hari kemudian.

Kes itu mengejutkan Indonesia hingga menyebabkan Presiden Joko Widodo meluluskan undang-undang membenarkan hukuman berat terhadap perogol kanak-kanak, termasuk hukuman mati dan dikembiri secara kimia.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.