Gantung Dua Perogol Yang Merogol Pelancong Perancis.
Teheran: Iran menjatuhkan hukuman gantung sampai mati
terhadap dua rakyat Afghanistan yang merogol pelancong Perancis di kawasan
pergunungan di utara bandar raya ini ketika mangsa sedang mendaki gunung.
Menurut laporan akhbar kerajaan hari ini, dua lagi yang
turut didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman sama dalam perbicaraan itu masih
bebas.
Kedua-dua lelaki itu mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan
merogol wanita 24 tahun yang sedang melancong dan mendaki gunung di daerah
Farahzad pada 19 September tahun lalu. Wanita Perancis itu diselamatkan seorang
lagi lelaki Afghanistan.
Mahkamah mendenda lelaki Afghanistan keenam kerana membantu
dua tertuduh melarikan diri dari Iran.
Lebih tiga juta rakyat Afghanistan tinggal di Iran dengan
ramai daripadanya pelarian peperangan sejak puluhan tahun lalu.-Harian Metro
Ulasan
Catat Ulasan