Video Wanita Diheret Sampai Terbogel Dari Lif Hingga Ke Dalam Rumah.
SEBUAH rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan
seorang lelaki bertatu di bahagian belakang dan lengan mengheret seorang wanita
dari lif ke apartment menjadi viral di negara jiran.
Dalam video berkenaan, lelaki itu dilihat menarik mangsa
yang hanya bertuala dengan kasar. Apabila wanita tersebut bertindak melawan
dengan menendangnya, dia diheret dengan pergelangan kaki.
Lelaki berkenaan turut bertindak menarik rambut dan cuba
menghentakkan kepala mangsa ke dinding koridor apabila dia terus melawan.
Menurut laporan The Straits Times, seorang lelaki berumur 43
tahun dan wanita berusia 37 ditahan di premis berkenaan setelah polis yang
datang membuat penyiasatan, menemui dadah dalam unit apartmen mereka.
Pihak polis dalam kenyataannya berkata, mereka menerima satu
panggilan meminta bantuan di sebuah unit kediaman sekitar Rangoon Road,
Singapura pada pukul 9 pagi pada 29 Februari, Isnin lepas.
Individu yang memuat naik kejadian tersebut menerusi laman
Facebooknya mendakwa pihak polis meminta video tersebut dikongsi dan mereka
yang mempunyai maklumat lanjut boleh memberikannya di bahagian komen.
Difahamkan pihak polis masih menjalankan siasatan berkaitan
kejadian berkenaan. – MYNEWSHUB.CC
Ulasan
Catat Ulasan