Video Doktor Serang Pemandu Uber Menjadi Viral Di Media Sosial.

LOS ANGELES: Seorang doktor warga India sebuah hospital di sini dipecat selepas videonya sedang menyerang seorang pemandu Uber di Miami menjadi viral. Anjali Ramkissoon, 30, direhatkan sejak video itu tersebar pada Januari.

Beliau dilaporkan dalam keadaan mabuk ketika insiden berlaku. Namun, menurut kenyataan jurucakap Jackson Health System, Ramkissoon sudah dipecat.

"Jackson Health System dengan ini bertindak menamatkan perkhidmatan doktor residen kami, Dr Anjali Ramkissoon. Beliau masih berpeluang membuat rayuan," The Miami Herald memetik kenyataan itu sebagai berkata.

Ketika kejadian, doktor neurologi selama empat tahun di hospital itu dirakam cuba menyerang dan mencakar seorang pemandu.

Dia kemudian masuk ke dalam kenderaan lelaki itu membaling objek keluar kereta sambil menjerit dan menyumpah seranah sambil memaksa lelaki berkenaan menghantarnya pulang tanpa membuat sebarang tempahan.

Pemandu itu sebaliknya enggan dikenali dan tidak mengambil tindakan undang-undang. Ramkissoon kemudian meminta maaf atas kejadian itu.

Video insiden berkenaan mendapat lebih tujuh juta tontonan dan mencetus kemarahan serta kontroversi. - AGENSI

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.