Video Tun Mahathir Menitiskan Air Mata Semasa Ditemu Bual.

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menitiskan air mata semasa ditemu bual dalam rancangan bual bicara 'Satu Jam Lebih Dekat' terbitan TV ONE Indonesia.

Beliau sebak sebaik sahaja ditanya mengenai keakraban hubungan beliau bersama bekas Presiden Indonesia, Suharto, sewaktu memegang tampuk kepimpinan negara suatu masa dahulu.

"Bukan sahaja (hubungan) pemimpin sebuah negara, tetapi sahabat.

"Hubungannya personal, saya anggap dia (Suharto) sebagai abang," kata Dr Mahathir sambil menahan sebak.

Ia merupakan sesuatu yang jarang berlaku kepada bekas perdana menteri itu dalam mana-mana temu bual bersama media, baik media tempatan mahupun antarabangsa.

Dalam pada itu, Dr Mahathir sempat menyatakan bahawa setiap manusia juga harus menerima hakikat bahawa tiada apa yang kekal dalam dunia ini.

"Kita semua akan pergi, akhirnya.

"Walau seberapa tinggi, ke situ juga. Satu hari nanti, masa saya. Kita terimalah," kata Dr Mahathir sambil tersenyum.

Temu bual selama satu jam itu ditayangkan empat hari lalu di TV ONE dan kemudiannya dimuat naik ke laman Youtube.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Punca Dan Kronologi Gadis Dirata Sebelum Dibunuh.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..