Video: Kerana Cermin Mata Murah Remaja Pukul Ibunya Sendiri
SEORANG remaja lelaki yang kejam telah memukul ibunya di
hadapan orang ramai kerana kecewa dibelikan sepasang cermin mata murah.
Kejadian tersebut berlaku di sebuah kedai cermin mata di
Yongjia, Wenzhou.
Menerusi video yang dikongsi di media sosial, remaja lelaki
itu dilihat sedang melihat telefon bimbitnya tatapi setelah ibunya memberi wang
kepadanya, dia terus memukul wanita itu secara kasar.
Pekerja kedai cermin mata yang terkejut dengan tindakan
remaja itu bergegas menghalangnya daripada terus memukul ibunya.
Video tersebut juga telah mendapat perhatian daripada orang
ramai dan rata-rata mereka meluahkan rasa tidak puas hati terhadap remaja
tersebut.
Ada di antaranya yang berkata anak itu tidak bersyukur
dengan apa yang diberi ibunya selain ada pengguna laman sosial berpendapat dia
tidak berhati perut kerana sanggup memukul ibu di khalayak ramai. – Awani
Ulasan
Catat Ulasan