Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Puasa

Adakah Sah Puasa, Hubungan Ringan-Ringan Suami Isteri Sehingga Azan Subuh.

Imej
Di bulan puasa ini biasanya rutin harian dalam menjalani kehidupan suami isteri akan sikit berbeza dari bulan-bulan sebelum ini, kerana pada bulan Ramadhan ini kita perlu mengawal segala-segalanya dan bukan hanya sekadar menahan lapar serta dahaga. Namun begitu terdapat pelbagai cara yang di sarankan dalam agama bagi pasangan suami isteri dan jika anda was-was bolehlah bertanyakkan kepada yang lebih arif mengenai isu ini. Ada juga pasangan suami isteri ini yang tidak tahu akan cara untuk melakukan hubungan kelamin di bulan puasa ini hinggakan sanggup menahan gelora sehingga sebulan sebab tak mahu mengganggu ibadah puasa. Bagi suami isteri di luar sana janganlah sampai macam itu sekali, bukankah itu menyeksa pasangan masing-masing. Di sini saya selitkan kisah sepasang suami isteri ini yang menginginkan kepastian adakah puasanya itu sah atau tidak. Begini kisahnya, wanita tersebut mengatakan bahawa suaminya itu baru sahaja pulang dari out station setelah pergi bekerja selama ...

Mengapa Kita Diwajibkan Berpuasa Dan Keutamaan Puasa Yang Harus Kita Ketahui.

Imej
Ramadhan telah pun mendatangi kita lagi selepas setahun berlalu. Ketika ini apa yang harus kita ketahui mengenai Puasa dan mengapa Allah mewajibkan bagi kita yang mampu untuk berpuasa, semoga apa yang saya nak sampaikan ini akan bermanfaat kepada pembaca di luar sana dalam menambahkan ilmu pengetahuan. Di antara keutamaan ibadah puasa adalah: 1. Puasa adalah Jalan Meraih Takwa Allah Ta’ala berfirman, يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ “ Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan bagi kalian berpuasa sebagaimana diwajibkan pada orang-orang sebelum kalian agar kalian menjadi orang-orang yang bertakwa. ” (QS. Al Baqarah: 183). Allah Ta’ala menyebutkan dalam ayat di atas mengenai hikmah disyari’atkan puasa iaitu agar kita bertakwa kerana dalam puasa, kita mengerjakan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya. Yang meliputi takwa dalam puasa adalah seorang muslim meninggalk...

Tak Sangka Biji Kurma Pun Ada Khasiat, Siap Boleh Buat Ubat Lagi Tahu.

Imej
Di bulan Ramadan ini, buah kurma merupakan buah yang wajib ada di setiap rumah baik sewaktu bersahur mahupun berbuka pasti buah tersebut tersedia hidang dia meja makan. Buah kurma tersebut merupakan makanan favorit Rasulullah SAW, buah tersebut sememangnya elok untuk tubuh badan kita. Tetapi tidak terbatas pada bulan Ramadhan saja, anda juga boleh mengamalkannya pada setiap hari sekalipun. Semua mengetahui akan kebaikan buah kurma, buah ini memiliki berbagai khasiat bagi manusia seperti memberi energi segara kepada kita, kaya serat dan potasium , mempertajam ingatan, penawar racun, mengobati penyakit usus maupun sembelit dan berbagai lagi jika kita sering berlatih gizi buah ini. Tapi tahukah Anda bukan isi buah ini saja memiliki khasiat hebat malahan bijinya juga memiliki khasiat yang hebat. Pernah dengar kopi biji kurma? Proses pembuatan kopi biji kurma ini juga mudah untuk dilakukan. Cara Penyediaan Kopi Biji Kurma Cuci biji kurma tersebut dan tiriskan. Ratakan di dal...

Kebaikan Dan Kelebihan Solat Terawih Yang Ramai Orang Tak Tahu.

Imej
Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan : Malam 1 – Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah. Malam 2 – Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman). Malam 3 – Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau. Malam 4 – Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran. Malam 5 – Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa. Malam 6 – Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Mamur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap b...

Batal Ke Puasa Kita Sekiranya Mandi Wajib Selepas Subuh.

Imej
Kini bulan Ramadhan telah tiba lagi, bagi pasangan suami isteri mungkin bulan ini akan menghadkan hubungan kelamin mereka kerana ada sesetengahnya masih belum memahami lagi adab-adab berhubungan intim  di bulan Ramadhan ini. Ada juga kaum isteri yang menganggap bulan ini merupakan bulan bagi mereka untuk berehat daripada melayani suami mereka. Tetapi mereka harus tahu bahawa Islam itu mudah, mereka hanya perlu tahu cara yang betul sahaja seperti hukum mandi wajib ketika bulan Ramadhan ini. Lewat mandi wajib bagi orang yang telah berpuasa di Bulan Ramadhan. Banyak orang tidak tahu adakah puasa terbatal atau tidak disebabkan lewat mandi wajib. Dengan sebab ini, saya menyediakan jawapan secara ringkas dan padat untuk mengangkat masalah berkaitan yang timbul dalam benak fikiran anda. Aisyah ra dan Ummu Salamah ra pernah menceritakan bahawa : “Nabi saw pernah bangun pagi dalam bulan Ramadhan dalam keadaan berjunub kerana bersetubuh dengan isterinya. Baginda mand...

Kepada Non Muslim Di Malaysia, Ini Tentang Bulan Puasa Kami.

Imej
Pada setiap tahun, kami (muslim) akan berpuasa selama satu bulan penuh. Ini dimulai ketika ada pengumuman dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang biasanya dibuat serentak di stasiun TV dan Radio. Diperkirakan tahun ini kami semua akan berpuasa mulai dari tanggal 27 Mei hingga 24hb Juni 2017. Dan ia serentak terjadi di seluruh dunia. Untuk bulan puasa, biasanya kami akan: 1. Tidak makan dan minum sepanjang waktu bekerja biasa (8.00 pagi hingga 5.30 petang). Kami sudah mengambil sahur (makan pagi sekitar jam 5.00 pagi) kemudian akan berbuka puasa (makan kembali) pada jam sekitar 7.00 sore / malam. Jadi ada kemungkinan kami akan penat dan lapar. Bagi yang bekerja berat, ia memang sebuah ujian. Harap kamu paham ya. 2. Jika ada pertemuan, tidak menjadi masalah untuk sediakan minuman dan makanan kepada teman bukan Islam yang lain. 3. Kami juga biasanya akan banyak menghabiskan waktu dengan membaca Al-Quran yang mana itu merupakan kitab suci umat Islam di seluruh dunia. 4. P...

Adakah Batal Puasa Kita Jika Mandi Wajib Selepas Subuh.

Imej
Kini bulan Ramadhan telah tiba lagi, bagi pasangan suami isteri mungkin bulan ini akan menghadkan hubungan kelamin mereka kerana ada sesetengahnya masih belum memahami lagi adab-adab berhubungan intim  di bulan Ramadhan ini. Ada juga kaum isteri yang menganggap bulan ini merupakan bulan bagi mereka untuk berehat daripada melayani suami mereka. Tetapi mereka harus tahu bahawa Islam itu mudah, mereka hanya perlu tahu cara yang betul sahaja seperti hukum mandi wajib ketika bulan Ramadhan ini. Lewat mandi wajib bagi orang yang telah berpuasa di Bulan Ramadhan. Banyak orang tidak tahu adakah puasa terbatal atau tidak disebabkan lewat mandi wajib. Dengan sebab ini, saya menyediakan jawapan secara ringkas dan padat untuk mengangkat masalah berkaitan yang timbul dalam benak fikiran anda. Aisyah ra dan Ummu Salamah ra pernah menceritakan bahawa : “Nabi saw pernah bangun pagi dalam bulan Ramadhan dalam keadaan berjunub kerana bersetubuh dengan isterinya. Baginda mandi ...

Apa Yang Perlu Anda Lakukan Sebulan Berpuasa.

Imej
Matlamat puasa adalah untuk membina takwa. Untuk tujuan itu puasa perlu dilakukan dengan cara serta adab yang betul. Apabila kesemua ini dilakukan dengan sempurna, seseorang bukan sahaja akan memperoleh takwa, malah lebih dari itu dia juga akan memperoleh segala kebaikan yang lain. Antara kebaikan itu ialah meningkatkan kesihatan badan melalui proses detoksifikasi. 4.00 PAGI 1. Bangun tidur dan baca doa. 2. Berniat untuk melakukan sebanyak mungkin kebaikan pada hari ini. 3. Mandi dan membersihkan diri. 4. Mengambil wudhu' dan memakai pakaian yang suci dan wangian. 4.30 PAGI 1. Solat sunat Taubat (التوبة) 2 rakaat. -Angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa lalu. 2. Solat sunat Tahajjud 2/4… rakaat. –Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH. 3.Solat sunat Hajat 2 rakaat. -Ketika sujud terakhir sertakan di dalam hati segala hajat ‘DUNIAWI & UKHRAWI. 4. Solat sunat Witir 3, 5, 7, 9 ATAU 11 rakaat. ...

6 Tips Mengurus Suami Yang Mahukan Seks Dibulan Puasa Agar Tetap Semangat Bangun Sahur.

Imej
Setiap kali kedatangan bulan Ramadan, ramai wanita berasa lega. Bukannya kerana tidak perlu menyediakan makan tengahari tetapi layanan batin kepada suami. Ini kerana pada bulan Ramadan suaminya akan mengehadkan aktiviti seksual mereka. Malah kebanyakan wanita menganggap inilah masa untuk berehat sepenuhnya daripada melayan keinginan seks suaminya yang cukup tinggi. Tidak dinafikan setiap kali tiba bulan Ramadan, kebanyakan isteri akan menolak untuk diajak berhubungan. Bagi mereka, hubungan intim yang dilakukan akan mengganggu ibadah terhadap rukun Islam ketiga itu. Namun sebenarnya tidak ada hukum yang melarang melakukan hubungan seksual. Ia boleh dilakukan tetapi mengikut waktu yang dibenarkan. 1. Jangan jadikan sebagai satu beban Ramai menganggap melakukan hubungan intim di bulan puasa seperti menjadi beban buat anda terutama isteri. Apatah lagi dalam masa sama perlu menyediakan hidangan berbuka dan bersahur kepada keluarga. Pastinya anda tidak mempunyai masa tid...

Amalan Dibulan Puasa Yang Mampu Menghapuskan Dosa Silam Anda.

Imej
Amalan di bulan Ramadan yang melebur menghapus dosa berdasarkan Al-Quran dan hadist sunnah Rasulullah SAW memang perlu diketahui dan dipahami kita selaku umat Muslim yang wajib dalam menjalankan kewajiban berpuasa ramadhan 1 bulan penuh. Bulan ramadhan adalah bulan keberkahan, bulan yang mulia yang mana di dalamnya banyak kebaikan dan bernilai lebih serta berlipat ganda, dan terdapat padanya amalan-amalan yang tidak terdapat pada bulan-bulan selainnya. Pahala puasa ramadan bila memang sesuai dengan tuntunan di dalam agama Islam dan dijalankan dengan ikhlas maka Allah Ta’ala yang akan membalasnya. Setiap amalan akan dilipatgandakan sepuluh kebaikan hingga tujuh ratus kebaikan yang semisal. Kemudian dikecualikan amalan puasa. Amalan puasa tidaklah dilipatgandakan seperti tadi. Amalan puasa tidak dibatasi lipatan pahalanya. Oleh kerana itu, amalan puasa akan dilipat gandakan oleh Allah hingga berlipat-lipat tanpa ada batasan bilangan. Hikmah keutamaan kemuliaan kebe...

25 Pekara Yang Boleh Membatalkan Puasa, Yang Perlu Anda Tahu.

Imej
1. Apakah perkara-perkara yang membatalkan puasa? Perkara-perkara yang membatalkan puasa adalah seperti berikut: 1) Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga badan yang terbuka dengan sengaja, kecuali kerana darurat yang berkaitan dengan kesakitan. 2) Makan, minum dan merokok. Adapun suntikan ubatan tidak membatalkan puasa. 3) Muntah dengan sengaja 4) Mengeluarkan air mani 5) Melakukan jimak (hubungan seks) pada siang hari 6) Kedatangan haidh, nifas atau kelahiran bagi wanita 7) Menjadi gila 8) Pitam sepanjang hari 9) Mabuk (yang menghilangkan daya pemikiran waras) sepanjang hari 10) Murtad, iaitu keluar dari agama Islam 2. Adakah membersihkan telinga atau hidung membatalkan puasa? Di antara sebab batal puasa adalah memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan yang terbuka dengan sengaja. Membersihkan telinga atau hidung tidak semestinya membatalkan puasa. Ia dibolehkan dengan kadar yang sederhana dan berhati-hati. Contohnya, membersihk...

Hukum Keluar Air Mani Dan Air Mazi Ketika Berpuasa

Imej
Pasti ramai di antara kita baik lelaki mahupun perempuan yang merasa segan bertanyakan hal-hal yang terlalu peribadi kepada ustad. contohnya hukum keluarnya air mazi dan air mani di bulan puasa ataupun sewaktu berpuasa ganti di hari biasa. Untuk memudahkan anda bagi yang belum tahu, di bawah ini , merisik kepada tajuk  “hukum keluar air mani dan air mazi ketika berpuasa. Soalan:Adakah batal puasa seorang itu ketika waktu berpuasa keluar air mazi dan mani? dan tolong nyatakan dengan teliti apa itu air mazi dan air mani? Air mazi: Air mazi adalah bentuk cairan jernih yang keluar dari kemaluan lelaki dan wanita ketika berkeinginan melihat perkara pekara yang menggairahkan. ia najis yang membatalkan wuduk,cara membersihkannya adalah dengan merenjiskan air pada pakaian atau anggota tubuh yang terkena cecair itu. Adakah air mazi membatalkan puasa? Zhir dalam mazhab Hanbali menyatakan,ia membatalkan puasa. Bagaimanapun imam Hanafi, Syafi’e Awzai’e Hasan Al-basri,A...