Adakah Batal Puasa Kita Jika Mandi Wajib Selepas Subuh.
Kini bulan Ramadhan telah tiba lagi, bagi pasangan suami isteri mungkin bulan ini akan menghadkan hubungan kelamin mereka kerana ada sesetengahnya masih belum memahami lagi adab-adab berhubungan intim di bulan Ramadhan ini.
Ada juga kaum isteri yang menganggap bulan ini merupakan bulan bagi mereka untuk berehat daripada melayani suami mereka.
Tetapi mereka harus tahu bahawa Islam itu mudah, mereka hanya perlu tahu cara yang betul sahaja seperti hukum mandi wajib ketika bulan Ramadhan ini.
Lewat mandi wajib bagi orang yang telah berpuasa di Bulan Ramadhan. Banyak orang tidak tahu adakah puasa terbatal atau tidak disebabkan lewat mandi wajib.

Dengan sebab ini, saya menyediakan jawapan secara ringkas
dan padat untuk mengangkat masalah berkaitan yang timbul dalam benak fikiran
anda.
Aisyah ra dan Ummu Salamah ra pernah menceritakan bahawa :
“Nabi saw pernah bangun pagi dalam bulan Ramadhan dalam
keadaan berjunub kerana bersetubuh dengan isterinya. Baginda mandi dan
kemudiannya berpuasa tanpa mengqadhanya”(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalil hadis yang diberikan di atas menunjukkan bahawa orang
yang mandi selepas azan subuh atau selepas subuh tidak membatalkan puasa
mereka.
Bagi orang yang bangun lewat, maka hendaklah ia cepat
menyegerakan mandi hadasnya untuk menyegerakan solat subuh.
Kalau lewat bangun tidur disebabkan tidak terjaga sahur atau
tidak disengajakan, maka perbuatan tersebut dimaafkan oleh Allah, tapi kalau ia
disengajakan atau selepas makan sahur tidur balik, maka dosa baginya kerana ia
mengabaikan perintah Allah iaitu mengerjakan solat subuh.
Ulasan
Catat Ulasan