6 Tips Mengurus Suami Yang Mahukan Seks Dibulan Puasa Agar Tetap Semangat Bangun Sahur.
Setiap kali kedatangan bulan Ramadan, ramai wanita berasa
lega. Bukannya kerana tidak perlu menyediakan makan tengahari tetapi layanan
batin kepada suami.
Ini kerana pada bulan Ramadan suaminya akan mengehadkan
aktiviti seksual mereka. Malah kebanyakan wanita menganggap inilah masa untuk
berehat sepenuhnya daripada melayan keinginan seks suaminya yang cukup tinggi.
Tidak dinafikan setiap kali tiba bulan Ramadan, kebanyakan
isteri akan menolak untuk diajak berhubungan. Bagi mereka, hubungan intim yang
dilakukan akan mengganggu ibadah terhadap rukun Islam ketiga itu.
Namun sebenarnya tidak ada hukum yang melarang melakukan
hubungan seksual. Ia boleh dilakukan tetapi mengikut waktu yang dibenarkan.
1. Jangan jadikan sebagai satu beban
Ramai menganggap melakukan hubungan intim di bulan puasa
seperti menjadi beban buat anda terutama isteri. Apatah lagi dalam masa sama
perlu menyediakan hidangan berbuka dan bersahur kepada keluarga. Pastinya anda
tidak mempunyai masa tidur yang cukup. Namun janganlah kerana itu anda menolak
hubungan intim kerana ia juga boleh membuatkan hubungan anda dan pasangan
renggang disebabkan masalah ini.
2. Senang hati
Tidak salah melakukan hubungan seks di bulan Ramadan. Anda
tidak perlu merasa bersalah kerana ia juga adalah pahala kerana melayan
kehendak suami. Justeru lakukan ia dengan rasa senang hati kerana memang sudah
menjadi kewajipan bagi isteri. Jika dilakukan dengan rasa senang hati pasti
akan merasai nikmat sebenar. Jangan sesekali anda merasa terpaksa untuk
melakukannya misalnya suami mahu dan anda tidak. Kesannya mungkin anda akan
merasa sakit dan tidak puas sepenuhnya.
3. Cari waktu bersesuaian
Anda dan pasangan perlu mencari waktu yang sesuai untuk
melakukan hubungan seks. Boleh memilih sama ada selepas berbuka dan sementara
menunggu waktu isyak. Walaupun sekejap tetapi cukup bermakna bagi suami anda
yang tentunya menahan diri sepanjang hari untuk mendekati anda. Atau boleh
dilakukan selepas terawih hingga sebelum bersahur. Masanya agak panjang dan nikmatinya
dengan sepuas-puasnya. Jika penat, tidur dulu dan lakukan ketika waktu dinihari
sementara menunggu masa untuk menyediakan hidangan bersahur.
4. Lakukan seks kilat
Seperti kita maklum, anda dan suami kedua-duanya bekerja dan
dalam masa sama menguruskan keperluan anak-anak. Pasti anda keletihan dan tidak
bermaya untuk melakukan hubungan seks. Oleh yang demikian, anda perlu
manfaatkan masa yang ada dengan melakukannya sebaik mungkin. Jika kebiasaannya
anda mampu melakukan hubungan seks selama dua atau tiga jam, jadi untuk bulan
puasa lakukanlah dengan kadar segera dan cepat. Kadangkala seks kilat yang
dilakukan lebih terasa kenikmatannya. Apa yang penting seks tetap dapat
dilakukan di bulan puasa biarpun melakukannya secara pantas.
5. Mandi bersama
Pelbagai cara hubungan seks boleh dilakukan ketika di bulan
puasa dalam keadaan yang singkat. Selain seks kilat, anda juga boleh melakukan
aktiviti mandi bersama dengan pasangan. Mungkin cara ini sedikit sebanyak dapat
mengurangkan rasa ghairah pada isteri. Ia boleh dilakukan sebaik berbuka puasa
sebelum anda bersembahyang isyak. Gunakan sebaiknya waktu mandi bersama ini
dengan saling membelai pasangan untuk merasai lebih kenikmatan.
6. Dapatkan rehat secukupnya
Anda dan pasangan juga dinasihatkan rehat secukupnya sebelum
melakukan hubungan ketika di bulan puasa. Mungkin anda boleh tidur selepas
sembahyang terawih dan bangun ketika dinihari untuk melakukan hubungan intim
ini. Jika kedua-duanya mendapat rehat yang cukup, pastinya bertenaga untuk
melakukan hubungan seks dan juga berpuasa di siang hari.
7. Jaga stamina
Anda juga diingatkan agar menjaga stamina tubuh badan dengan
mengamalkan cara pengambilan diet yang bersesuaian. Janganlah mengambil terlalu
banyak makanan ketika berbuka puasa kerana dikhuatiri tidak bertenaga untuk
melakukan hubungan intim pada malam hari. Ambilah makanan secara sederhana agar
tetap bertenaga melakukan hubungan intim selepas berbuka.
Ulasan
Catat Ulasan