Catatan

Video Wanita Ketuk Keranda Bangkit Semula Dari Mati

Imej
QUITO - Seorang wanita di Ecuador 'bangkit semula' dalam keranda ketika upacara pengebumiannya yang turut menjadi tular di media sosial. Gilbert Balberan yang merupakan anak kepada Bella Montoya, 76, memberitahu ibunya mengetuk keranda itu selepas 'kembali bernyawa' dan wanita tersebut kemudiannya dibantu oleh dua lelaki. Balberan menjelaskan dia terpaksa mendapatkan keranda yang didermakan untuk keluarga miskin selepas Hospital Awam Marin Icaza di bandar Babahoyo mengesahkan kematian ibunya pada Jumaat. "Pihak hospital turut memberikan sijil kematian kepada kami," katanya sambil menambah ibunya kini dirawat di hospital sama dan memberi tindak balas positif. Sebelum 'kematiannya', Montoya dimasukkan ke hospital kerana strok dan jantungnya dikatakan terhenti. Susulan insiden itu, Kementerian Kesihatan memaklumkan sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menyiasat insiden tersebut selain menyelia perkembangan Montoya. - AFP

Video: Remaja Perempuan Bergaduh Di Bagan Serai Tular

Imej
Polis menjalankan siasatan berhubung penyebaran video membabitkan pergaduhan antara dua remaja perempuan di Bagan Serai. Ketua Polis Daerah Kerian Supt Juna Yusoff berkata kejadian berlaku pada 9 Jun lepas kira-kira jam 10 pagi melibatkan remaja perempuan berumur 12 hingga 17 tahun. Menurutnya, remaja yang terlibat telah dikenal pasti dan telah hadir bersama keluarga masing-masing ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian sekitar jam 6 petang semalam bagi membantu siasatan. "Hasil siasatan lanjut mendapati kedua-dua remaja yang terlibat dengan pergaduhan telah pun berdamai secara baik setelah selesai kejadian itu. "Kedua-dua remaja yang terlibat tidak mahu memanjangkan hal perkara tersebut termasuk pihak keluarga demi masa depan remaja yang terlibat dan satu laporan berhubung tidak mahu memanjangkan kes telah dibuat oleh pihak keluarga mangsa pada hari ini pada 7.21 malam," katanya dalam satu kenyataan semalam. Terdahulu pihak polis telah mengesan satu video berdurasi 48...

Lelaki Ini Didakwa Rogol Anak Tiri Berusia 11 Tahun

Imej
  KUALA TERENGGANU: Seorang warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada Khamis atas pertuduhan merogol anak tirinya yang berusia 11 tahun. Tertuduh yang berusia 63 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman. Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa yang berusia 11 tahun pada April lalu.   Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 5.30 hingga 6.30 pagi di sebuah rumah di daerah Kuala Terengganu. Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan tidak kurang daripada 10 sebatan, jika sabit kesalahan. Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM25,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hanis Nabihah Hizamul-din manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Astro AWANI

Dia Sempat Jerit Panggil Saya "Ayang" Tangannya Melambai Meminta Tolong Sebelum Hilang 😭

Imej
SEPANG - "Dia sempat menjerit memanggil saya. Tangannya melambai seperti meminta tolong. Itu kali terakhir saya lihat suami sebelum dia tinggalkan saya selamanya" hiba Nur Fatihah Mohamad Yusoff, 26. Kejadian di Pantai Bagan Lalang, di sini pada Ahad itu telah meragut nyawa Mohd Faizal Mahasan, 30, selepas cuba menyelamatkan dua beradik perempuan yang lemas. Menceritakan detik itu, Nur Fatihah berkata, dia datang ke Pantai Bagan Lalang berdua dengan suaminya (mangsa). "Sehari sebelum kejadian, suami mengajak saya untuk berjalan lihat sunset (matahari terbenam). "Dia kata jom kita honeymoon (bulan madu) berdua. Malam itu juga dia pergi beli tikar dan minta saya buat kuetiau goreng untuk makan sama ketika berkelah. "Keesokannya (hari kejadian) kami bertolak ke Pantai Bagan Lalang dari Puchong Perdana dan sampai kira-kira jam 1 tengah hari. Sebelum itu, suami sempat menjamah kuetiau goreng yang diinginnya," katanya dalam nada hiba ketika ditemui di lokasi ke...

Suami Isteri Berusia 28 Dan 29 Tahun Ditahan Tengah Malam Di Rumah Mereka

Imej
Sepasang suami isteri dipercayai pengedar dadah antara tiga individu ditahan bersama lebih 7 kilogram (kg) heroin dan lebih 3kg ganja dalam dua serbuan berasingan di daerah Manjung dan Kampar, semalam. Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri berkata suami isteri berusia 28 dan 29 tahun itu ditahan pada 12.05 tengah malam di sebuah rumah di Sitiawan, Manjung. Beliau berkata hasil pemeriksaan di rumah tersebut, polis merampas dadah dipercayai heroin seberat 7.04kg dan ganja dianggar seberat 3.05kg bernilai RM64,570. “Polis turut merampas peralatan yang disyaki digunakan untuk membungkus dadah selain menyita sebuah kenderaan, tujuh rantai, enam cincin, empat anting-anting serta satu subang hidung yang kesemuanya dianggar berjumlah RM72,332,” katanya dalam kenyataan hari ini. Menurut Mohd Yusri kedua-duanya yang negatif terhadap dadah dan tidak mempunyai rekod kesalahan lampau sedang disiasat lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. Mohd Yusri berkata siasatan menda...

Rogol Dan Amang Seksual Gadis 14 Tahun, 4 Lelaki Didakwa

Imej
  JOHOR BAHRU - Empat lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja berusia 14 tahun pada pertengahan bulan ini. Muhammad Sobri Muhammad Anuar, 25, Muhammad Rasyid Musa, 29, Muhammad Fikeri Mohd Sohad, 28, dan Nazreen Ashraf Nordini, 30, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Siti Noraida Sulaiman. Tertuduh, Muhammad Anuar, Muhammad Rasyid dan Muhammad Fikeri didakwa merogol seorang perempuan berusia 14 tahun tiga bulan di Lot 2173, Kampung Oren Baru, Ulu Tiram di sini pada jam 1 pagi, 14 Mei lalu. Ketiga-tiga tertuduh yang didakwa melakukan kesalahan tersebut boleh dihukum mengikut Seksyen 376 (2)(d) Kanun Keseksaan. Kesalahan berkenaan memperuntukkan hukuman penjara antara 10 sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan. Sementara Nazreen Ashraf, melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa di lokasi dan hari yang sama pa...

Maut Ditikam Berkali-Kali Oleh Bekas Tunang

Imej
  KOTA KINABALU: Cemburu dan tidak berpuas hati pertunangan diputuskan menyebabkan seorang wanita ditikam sebanyak lapan kali oleh bekas tunangnya dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di sini pada Isnin. Mangsa berusia 22 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai di pusat beli-belah itu dilaporkan maut dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 12 tengah hari. Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki yang menyatakan telah tertikam bekas tunangnya.   Katanya, susulan daripada panggilan itu sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati seorang wanita dalam keadaan terbaring serta berlumuran darah dipercayai akibat ditikam. "Turut berada di lokasi ialah seorang suspek yang merupakan bekas tunang mangsa yang telah ditahan oleh pihak pengawal keselamatan sebelum diserahkan kepada polis. "Hasil siasatan mendapati punca kejadian disebabkan cemburu ...

Tun Mahathir bidas PBB

Imej
PBB tidak memainkan peranan dalam mempromosikan demokrasi, dan ia menjadi punca kegagalan demokrasi dan kesaksamaan dalam hubungan antarabangsa. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berucap sempena lawatannya ke Cambridge Union Society yang menjadi lokasi pertemuan persatuan debat paling tua di dunia. Cambridge Union Society merupakan antara medan terbaik dunia dalam forum pertukaran idea serta seni perdebatan umum sejak 1815. Tun Dr Mahathir berada di London dalam lawatan kerja selama tiga hari.

Rogol Anak Tiri Ketika Mabuk, Lelaki Dipenjara 24 Tahun, 20 Sebatan

Imej
Seorang bapa tiri yang mengaku salah atas dua pertuduhan merogol anak perempuan tirinya hampir empat tahun lepas, akan meringkuk di penjara selama 24 tahun dan disebat 20 kali. Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Umi Kalthum Abdul Majid mengembalikan semula sabitan hukuman penjara 12 tahun dan 10 kali sebatan yang dijatuhi terhadap lelaki berusia 50 tahun itu oleh Mahkamah Sesyen Kota Bahru bagi setiap kesalahan, yang akan berjalan berturut-turut. Beliau mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bahru yang menjatuhi hukuman penjara 15 tahun dan 10 kali sebatan bagi setiap pertuduhan yang akan berjalan serentak, bermakna lelaki itu hanya akan menjalani hukuman penjara selama 15 tahun. Hakim Umi Kalthum membenarkan rayuan pendakwaan untuk mengembalikan semula hukuman yang diputuskan Mahkamah Sesyen. Dua lagi hakim yang turut bersidang dalam panel itu ialah Harmindar Singh Dhaliwal dan Steven Chung Hian Guan. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohamed Faizal Moha...

Cabul Pelajar Lelaki, Guru Sekolah Agama Direman

Imej
Seorang guru sains lelaki sebuah sekolah menengah agama di Melaka direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada Ahad atas dakwaan melakukan amang seksual fizikal dan seks luar tabii terhadap seorang pelajarnya. Suspek yang berusia 40 tahun itu dipercayai melakukan perkara songsang itu beberapa kali terhadap murid lelaki berusia 13 tahun sejak awal Januari lalu sebelum pelajar berkenaan membuat laporan polis. Perintah tahanan reman hingga 26 Januari ini dikeluarkan penolong pendaftar Mahkamah Melaka, Dorismah Mohd Idris bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 377b Kanun Keseksaan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri (JSJN), Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris berkata suspek telah ditahan semalam di kediamannya di Taman Jaya Alor Gajah selepas laporan berhubung kejadian dibuat oleh mangsa. Difahamkan, mangsa tinggal di asrama sekolah menengah agama berkenaan di mana suspek merupakan ward...

Ini Jawapan 'Power' Tun Mahathir Di Oxford Selepas Dituduh Anti Yahudi Dan Israel

Imej
Meskipun mencipta sejarah sebagai pemimpin pertama dari ASEAN yang dijemput berucap di Kesatuan Oxford, namun kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad mengundang kritikan dan tekanan daripada komuniti Yahudi di Oxford. Kumpulan itu dilaporkan mengeluarkan kenyataan tidak berpuas hati dengan jemputan Kesatuan Oxford yang mengundang Dr Mahathir yang dilabelkan sebagai anti-Yahudi. Seperti diduga juga, Presiden Kesatuan Oxford, Daniel Wilkinson mengajukan beberapa soalan yang berkaitan dengan pendirian Malaysia yang menghalang kemasukan atlet Israel daripada menyertai Kejohanan Renang Para Dunia di Sarawak pada Julai dan juga pendapat Dr Mahathir mengenai Israel. Menurut Dr Mahathir, dia tidak peduli dilabelkan sebagai anti-semitik hanya kerana kelantangannya mengkritik Israel kerana ianya adalah haknya untuk menyatakan pendirian. “Saya tidak faham apabila kita bercerita mengenai kebebasan bersuara tetapi saya tidak boleh berkata apa-apa mengenai Israel ataupun Yahudi. Kita akan dila...

6 Gambar: Lelaki Ini Mengaku Tuhan Berusia 1,719 Tahun, Pengsan Ketika Ditahan

Imej
Seorang lelaki mengaku Tuhan dan berusia 1,719 tahun mengamuk dan tiba-tiba pengsan ketika mahu dibawa ke hospital bagi menjalani pemeriksaan mental. Semalam, masyarakat di Jawa Tengah digemparkan dengan tindakan seorang lelaki duduk di atas kitab suci al-Quran ketika berada di Masjid Agung, Sukabumi. Perbuatan lelaki tersebut sempat dirakam sekumpulan pelajar dan ia tular di media sosial. Susulan penularan klip video tersebut, polis Sukabumi menjejaki lelaki itu dan berjaya menahannya kira-kira 11 pagi (waktu tempatan) hari ini. "Semasa disoal siasat, dia mengaku sebagai Tuhan dan memperkenalkan diri sebagai Abud Lakum Dinukum Waliyadin. "Dia juga mengaku berusia ribuan tahun. Tapi selepas diasak dengan pelbagai soalan, dia akhirnya mengaku berumur 46 tahun. "Ketika kami mahu membawanya masuk ke dalam van ambulans, dia tiba-tiba mengamuk dan pura-pura pengsan. "Dia sebenarnya enggan ke hospital," kata Ketua Polis Kota Sukabumi, Asisten ...

Video Mabuk Di Kelab Malam Tersebar, Gelaran Dewi Remaja Haneesya Hanee Ditarik

Imej
HANEESYA Hanee atau lebih mesra dengan panggilan Hanee yang ditemui selepas membuat penyerahan mahkota, trofi dan selempang kemenangan di pejabat Nu Ideaktiv, Shah Alam, sebentar tadi, akur dengan keputusan penganjur tersebut. “Saya ingin meminta maaf daripada hati atas apa yang telah terjadi ini. Saya akui ini merupakan salah saya dan akur dengan keputusan yang dibuat. “Saya anggap penarikan gelaran ini wajar kerana apa yang saya buat itu salah dan merosakkan nama Dewi Remaja. Sebenarnya saya juga sudah berhasrat untuk memulangkan sendiri gelaran ini,” jelas Hanee sebak. Tambah Hanee, dia berharap atas apa yang berlaku ini, ibunya tidak dilibatkan sama. “Saya juga memohon agar ibu saya tidak dilibatkan dalam hal ini yang mengatakan tidak pandai jaga anak dan sebagainya. Ini perbuatan saya sendiri dan tidak melibatkan ibu saya. Jangan libatkan ibu saya,” pintanya. Hanee juga memberitahu bahawa dia tidak akan berputus asa dan terus bangkit. “Saya akan perbaiki diri saya,...

Suami Curang Punca Saya Terbabit Dadah

Imej
Kecewa dengan perceraian pada usia muda mendorong seorang ibu muda berusia 21 tahun dari Manggatal, di sini, terjebak dalam penagihan dadah jenis syabu. Kamalia, 21, (bukan nama sebenar) ketika ditemui BH, mengakui terbabit dengan syabu pada usia 19 tahun, selepas bercerai. “Perkahwinan saya hanya mampu bertahan lebih setahun sahaja. Suami curang dan saya tidak dapat menerima kenyataan itu (perceraian). Anak kami pun masih kecil pada masa itu. “Saya amat tertekan, murung dan sedih. Saya tidak menduga suami curang (ada perempuan lain) sebab usia perkahwinan kami masih baharu pada masa itu,” katanya yang mempunyai seorang anak perempuan berusia lebih setahun. Menceritakan awal pembabitannya dalam penagihan syabu, Kamalia yang baharu selesai menjalani pemulihan selama 13 bulan di Kelantan, berkata selepas bercerai dia bekerja di sebuah pasar raya di Kota Kinabalu dan tinggal menyewa bersama beberapa rakan. “Selepas habis bekerja, saya selalu menangis dan termenung, malah pe...

Video Najib Mengamuk Tinggalkan Wawancara Al Jazeera

Imej
Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak meninggalkan sesi wawancara bersama Al Jazeera selepas ditanya mengenai pelbagai tuduhan terhadapnya. Pengacara program 101 East, Mary Ann Jolley meminta Najib menjawab pelbagai tuduhan daripada isu 1MDB, berlian merah jambu milik isterinya Datin Seri Rosmah Mansor kepada kes pembunuhan Altantuyaa Shaaribu, Hussain Najadi dan Kevin Morais. Najib yang kelihatan bengang akhirnya meminta Jolley beralih kepada soalan ekonomi, tetapi apabila pengacara itu tidak berbuat demikian, beliau bangun dan mengancam untuk meninggalkan sesi wawancara itu. "Bolehkah kita pergi ke ekonomi? Kita telah habiskan terlalu banyak masa, jika tidak, saya akan keluar - tak lagi, tak lagi, tolonglah. Itu saja, saya sudah selesai," katanya sambil berdiri. "Jika anda mahu bercakap mengenai ekonomi, saya akan duduk," katanya. Apabila Jolley bertegas untuk meneruskan wawancara itu, Najib, yang sedang berdiri meninggikan suaranya. ...

Video: Kanak-Kanak Disahkan Maut Digilis Van Sekolah

Imej
“SEDIH tengok atuk dia peluk bawak masuk rumah,” kata netizen mengenai kejadian tragis membabitkan kanak-kanak perempuan yang maut digilis sebuah van sekolah di hadapan rumah keluarganya di Jalan Temenggung 4, Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru, semalam. Insiden menyayat hati itu dikongsikan Facebook (FB) Khas Penduduk Skudai hari ini, termasuk video berdurasi 1 minit dan 37 saat. Video itu memperlihatkan babak memilukan bermula daripada kanak-kanak terbabit, Janiss Yeoh Zi Xuan, turun dari van sekolah sebelum dia dilanggar pemandu van dan badannya digilis. Panik dengan situasi itu, pemandu van wanita mendapatkan keluarga mangsa sebelum dia masuk ke dalam kenderaan untuk mengundurkan vannya ke belakang. Seorang wanita dipercayai nenek kepada kanak-kanak itu kemudian dilihat keluar dari pagar rumah dan mengangkat cucunya masuk ke dalam rumah. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, kejadian berlaku pada 12 tengah hari semalam ...

Video 'Apa Hak Awak Tanya Soalan Ini?'

Imej
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi enggan mengulas lanjut mengenai status beliau sebagai presiden Umno yang kini menghadapi 45 pertuduhan di mahkamah. "Apa hak awak nak tanya soalan ini," kata Zahid kepada pemberita yang menanyakan soalan sama ada beliau akan mempertimbangkan untuk bercuti sementara dari jawatnnya sebagai presiden parti keramat melayu itu. Semalam bernama melaporkan Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa berkata parti itu dijangka membincangkan kedudukan Presiden parti itu Ahmad Zahid pada mesyuarat Majlis Tertinggi bulan hadapan. Jumaat lalu Ahmad Zahid mengaku tidak bersalah di atas 45 pertuduhan pecah amanah, menerima wang rasuah dan pengubahan wang haram dan dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM2 juta oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. - Malaysiakini

2 Video Pemilihan PKR Gombak Bergaduh

Imej
GOMBAK - Pemilihan PKR Cabang Gombak kecoh selepas berlaku ketegangan jam 12 tengah hari tadi. Difahamkan insiden berpunca salah faham antara dua ahli dalam kem berbeza sebelum menjadi serius selepas campur tangan pihak ketiga. Insiden bermula apabila seorang ahli membawa kertas cai ke dalam pusat pengundian sebelum disedari ahli parti kem berbeza. Sejurus ditarik keluar, berlaku insiden perang mulut sebelum pergaduhan dan tolak-menolak kurang dua minit. Bagaimanapun, keadaan kembali terkawal selepas pergaduhan dileraikan dan mereka terlibat ditarik keluar pagar.

Ujian DNA Sahkan Jenazah Amir Hamzah

Imej
IBU Amir Hamzah Mohd Rozali, pelajar yang hilang selepas terbabit kemalangan di Kilometer 14.5 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), minggu lalu, reda dengan hasil keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang mengesahkan mayat ditemui di Sungai Kandis, Isnin lalu, adalah anaknya. Mariam Shanani Harun, 60, berkata keputusan DNA yang diketahui hari ini akhirnya menamatkan penantian mereka sekeluarga walaupun perkara itu menyedihkan mereka. “Mayat itu anak saya kerana ada dua kesan parut di bahagian betis sebelah kiri dan perut itu sama dengan Amir. “Ibu mana yang tidak sedih melihat anaknya meninggal dunia namun saya bersyukur ia selesai. “Bagi saya, Amir adalah anak yang periang dan manja semasa hidupnya. Amir pasti akan dirindui oleh kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui di Unit Foresik Hospital Shah Alam hari ini. Bagaimanapun, beliau masih tidak mengetahui bagaimana punca sebenar Amir Hamzah, 22, terbabit dengan kemalangan itu. Katanya, berdasarkan maklumat awal...

Suami Kena Gari Dengan Isteri.

Imej
KUALA LUMPUR 19 Okt. - Suami mana tidak seram kalau kena ’gari’ dengan isteri kalau hendak ke mana-mana? Bagaimanapaun, itu hanya gurauan antara Jufri Jaffar, 30, dan isterinya yang baru sahaja mendirikan rumah tangga minggu lalu apabila gambarnya digari isteri tular di media sosial baru-baru ini. Menurut Jufri, gambarnya itu di ambil oleh kawannya ketika singgah di kedainya dan di muat naik dalam laman media sosial. “Saya terkejut juga sebenarnya bila dimuat naik oleh rakan saya tetapi saya anggap sebagai guraun sahaja dan tidak sangka gambar itu tular. “Kalau tanya komen positif, saya anggap ikatan tali itu dijagalah elok-elok. Jangan mudah diputuskan yang mana faham. Baguslah!” ujarnya kepada Utusan Online di sini hari ini. Menurut Jufri, dia berharap orang ramai di luar sana tidak terlalu serius dengan perkongsian gambar tersebut memandangkan itu hanyalah jenaka antara kawan-kawan rapatnya. “Saya harap tiadalah yang sentap atau menghambur kata-kata fitnah antara say...