Dua Beranak Diberkas Gara-Gara Pecah Rumah
Kesemua suspek berjaya ditangkap pada petang semalam apabila disyaki terbabit dalam kegiatan pecah rumah pada Khamis lepas.
Menurut laporan daripada Ketua Polis Daerah Kangar, kesemua
mereka telah ditangkap berdasarkan enam cap jari yang dikesan oleh bahagian
forensik di sekitar rumah mangsa.
Beliau turut memberitahu bahawa kesemua suspek berjaya
diberkas di rumah masing-masing yang terletak di Chuping di antara jam 5 petang
sehingga 7 malam tadi.
Wanita yang ditangkap dikatakan berumur 50 tahun dan anak
remajanya dianggarkan berusia sekitar 17 tahun.
Selepas kesemua suspek di soal siasat, pihak polis berjaya
menangkap seorang lagi suspek berusia 29 tahun yang dikatakan menjadi suspek
utama kepada kes kecurian tersebut.
Polis juga turut menjumpai beberapa bahan bukti bersama
suspek yang dikatakan menjadi salah satu faktor penangkapan mereka.
Lelaki yang ditangkap dikatakan menjadi dalang utama jenayah
itu dan turut mempunyai rekod jenayah lampau.
Kesemua suspek juga telah ditahan reman selama empat hari
bermula hari ini bagi membantu siasatan.
Dalam pada masa yang sama, pihak polis turut memberitahu
bahawa guru terbabit hanya menyedari rumahnya di pecah masuk sebaik sahaja dia kembali
dari bekerja kira-kira jam 1.50 tengah hari pada Khamis lepas apabila mendapati
keadaan rumahnya berselerak manakala almari tempat menyimpan barang-barang
kemasnya dipecahkan.
Dalam laporan yang dibuat sejurus selepas kejadian itu,
mangsa berkata bahawa dia kehilangan empat utas rantai tangan, tiga bentuk
cincin emas, dua pasang subang emas serta satu utas gelang tangan emas dan satu
utas rantai leher emas di mana kesemuanya bernilai kira-kira RM12,000.
Pihak polis turut memberitahu bahawa wanita berumur 50 tahun
itu memegang peranan sebagai penggadai barang-barang curi hasil daripada kegiatan mencuri mereka. Sumber: Bernama, Editor: Amira


Ulasan
Catat Ulasan