Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kes pecah rumah

Rumah Iqram Dinzly Di Masuki Pencuri

Imej
Iqram Dinzly adalah salah satu nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air apabila dia sering sahaja mencetuskan kontroversi. Namun, semalam satu kejadian telah menimpa dirinya apabila rumahnya telah dimasuki pencuri dan perkara itu disahkan oleh dirinya sendiri melalui laman sosial Instagram miliknya. Rompakan tersebut dikatakan berlaku di rumahnya di Damansara dan dalam rompakan terbabit dia telah kehilangan seutas jam tangan jenama Claudia Patriks yang bernilai RM 10 ribu ringgit, dua utas jam tangan berjenama Gshock dan Guess serta Iphone 6 dan juga komputer peninggalan arwah bapanya. Iqram segera membuat laporan polis sebaik sahaja menyedari perkara tersebut namun dia tetap bersyukur dan turut menganggap bahawa semua itu adalah ujian dan dugaan yang diberikan oleh Allah ke atas dirinya. Perkongsian Iqram di laman sosial miliknya telah mendapat perhatian para peminatnya di mana mereka turut mendoakan supaya perompak terbabit segera ditangkap dan mendapat balasan y...

Hajat Untuk Mencuri Tidak Kesampaian

Imej
HAJAT seorang lelaki yang mahu memecah masuk sebuah rumah di Bukit Kuang tidak kesampaian apabila suspek ‘melekat’ di batu penghadang rumah berkenaan. Mummy Knowmaa, yang memuat naik gambar dan video itu berkata, kejadian itu berlaku di rumah kakaknya di mana suspek cuba memecah masuk rumah itu pada malam tadi. “Pencuri nak masuk rumah kakak saya malam tadi. Si pencuri itu panjat batu penghadang rumah, tetapi dia terlekat di situ. Tak dapat naik, tak dapat turun dan berada di situ sehingga hari cerah. “Tak tahu bagaimana dia boleh melekat di situ. Mujur orang Bukit Kuang tidak mengambil tindakan membelasahnya,” katanya. Berdasarkan gambar yang dikongsi, suspek kelihatan bertahan di batu penghadang rumah itu dengan tangannya dan kakinya berdiri di celah lubang angin. Suspek yang dikenali sebagai Bukhari, berusia 34 tahun, berasal dari Kampung Lubok Stol, Rantau Panjang itu kemudian ditangkap oleh penduduk kampung sebelum menghubungi pihak polis untuk datang menjemputnya ke balai. Seb...

Suspek Pecah Rumah Di Tahan

Imej
GONG BADAK: Satu kejadian pecah rumah dipercayai berlaku di sebuah rumah di kawasan Perumahan Gong Badak, Jalan ILP Padang Nenas. Kejadian pecah rumah terbabit telah berlaku sekitar jam 3.30 petang semalam. Suspek, seorang lelaki dipercayai adalah seorang penagih dadah apabila sejenis jarum dijumpai bersama suspek. Mangsa yang dikatakan berada dalam rumah pada ketika itu menjerit memohon bantuan sebaik sahaja suspek masuk ke rumahnya. Penduduk kampung yang mendengar jeritan mangsa terus bertindak dan suspek akhirnya berjaya ditangkap. Identiti suspek sehingga kini masih lagi tidak diketahui . Suspek telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis Gong Badak untuk tindakan lanjut.

Dua Beranak Diberkas Gara-Gara Pecah Rumah

Imej
KANGAR – Tiga lelaki termasuk seorang wanita dipercayai ibu dan anak lelakinya telah diberkas polis selepas dipercayai memecah masuk rumah seorang guru di Kampung Beseri Dalam, Padang Melangit. Kesemua suspek berjaya ditangkap pada petang semalam apabila disyaki terbabit dalam kegiatan pecah rumah pada Khamis lepas. Menurut laporan daripada Ketua Polis Daerah Kangar, kesemua mereka telah ditangkap berdasarkan enam cap jari yang dikesan oleh bahagian forensik di sekitar rumah mangsa. Beliau turut memberitahu bahawa kesemua suspek berjaya diberkas di rumah masing-masing yang terletak di Chuping di antara jam 5 petang sehingga 7 malam tadi. Wanita yang ditangkap dikatakan berumur 50 tahun dan anak remajanya dianggarkan berusia sekitar 17 tahun. Selepas kesemua suspek di soal siasat, pihak polis berjaya menangkap seorang lagi suspek berusia 29 tahun yang dikatakan menjadi suspek utama kepada kes kecurian tersebut. Polis juga turut menjumpai beberapa bahan bukti b...

Perniaga Mengalami Kerugian Sebanyak RM175,000 Akibat Rumah Dipecah Masuk

Imej
IPOH- Kejadian pecah rumah di Bandar Baru Tambun antara barang berharga yang  berjaya dibawa larikan adalah beg berjenama Fendi, Chanel dan Hermes serta jam tangan Rolex, semalam. Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Mohd Ali Tamby mengesahkan bahawa dianggarkan kira-kira RM175,000 keseluruhan kerugian  yang dialami seorang peniaga wanita berumur 41 tahun. “Beberapa barangan dalam beg tersebut, pasport antarabangsa milik mangsa turut dicuri,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Berdasarkan laporan polis yang dibuat mangsa 8.20 malam tadi, wanita itu memaklumkan dia keluar dari rumah kira-kira pukul 9 pagi dan telah memeriksa seluruh  rumahnya berada dalam berkunci. Kata Mohd Ali “Apabila pulang ke rumah kira-kira pukul 6.30 petang (hari yang sama) dia mendapati pintu pagar sebelah telah rosak dan senget manakala jeriji tingkap dan pintu telah dipotong.” “Mangsa turut menjumpai pemotong besi, batang besi panjang, sarung tangan dan beg berwarna mer...

Dua Lelaki Kantoi Pecah Rumah

Imej
SELANGOR - Dua orang lelaki berjaya ditangkap apabila orang ramai menyedari perbuatan mereka yang cuba untuk pecah masuk rumah di Batu Caves. Orang awam yang menangkap mereka memukul suspek sehingga cedera untuk memberi pengajaran atas perbuatan mereka. Suspek yang melakukan jenayah tersebut tidak dapat dikenal pasti identiti mereka. Suspek yang ditangkap, diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Walaupun melakukan jenayah, suspek tetap dilayan seperti Manusia apabila ada salah sorang daripada orang awam memberikan minuman kepada mereka. Editor:Farhana

Dua Penjenayah Pecah Rumah Di Tembak Mati

Imej
SHAH ALAM:  Dua penjenayag bersenjatakan parang mati di tembak manakala seorang lagi rakannya Berjaya melarikan diri ketika cubaan memecah masuk sebuah rumah di seksyen 7, awal pagi ini Jam lebih kurang 3.40 pagi, sepasukan anggota polis dari ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, bertindak ke tempat kejadian selepas menerima panggilan dari orang awam yang memaklumkan cubaan memecah masuk rumah. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata, Ketika sampai di lokasi kejadian, anggota polis tersempak dengan tiga orang suspek terbabit, suspek yang terkejut dengan kehadiran polis bertindak cuba melawan polis dengan menggunakan parang.  "Polis terpaksa melepaskan tembakan dan menyebabkan dua suspek mati di tempat kejadian, manakala seorang lagi rakannya melarikan diri," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, pagi tadi. Yang turut hadir, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Fadzil Ahmad. Wan Ahmad...