Perniaga Mengalami Kerugian Sebanyak RM175,000 Akibat Rumah Dipecah Masuk
IPOH- Kejadian pecah rumah di Bandar Baru
Tambun antara barang berharga yang berjaya
dibawa larikan adalah beg berjenama Fendi, Chanel dan Hermes serta jam tangan
Rolex, semalam.
Ketua Polis
Daerah Ipoh ACP Mohd Ali Tamby mengesahkan bahawa dianggarkan kira-kira
RM175,000 keseluruhan kerugian yang
dialami seorang peniaga wanita berumur 41 tahun.
“Beberapa barangan dalam beg tersebut,
pasport antarabangsa milik mangsa turut dicuri,” katanya dalam satu kenyataan
di sini, hari ini.
Berdasarkan laporan polis yang dibuat
mangsa 8.20 malam tadi, wanita itu memaklumkan dia keluar dari rumah kira-kira
pukul 9 pagi dan telah memeriksa seluruh rumahnya berada dalam berkunci. Kata Mohd Ali
“Apabila pulang ke rumah kira-kira pukul
6.30 petang (hari yang sama) dia mendapati pintu pagar sebelah telah rosak dan
senget manakala jeriji tingkap dan pintu telah dipotong.”
“Mangsa turut menjumpai pemotong besi,
batang besi panjang, sarung tangan dan beg berwarna merah yang di tinggalkan
suspek di rumahnya,” katanya.
Mohd Ali berkata seorang lagi peniaga
mengalami kerugian RM120,000 apabila rumahnya di Taman Buntong Mutiara di sini
yang dijadikan tempat menyimpan barangan telah di pecah masuk, Dalam kes berasingan.
Beliau berkata suspek dipercayai memecah
masuk rumah tersebut melalui pintu utama (sliding door) kerana terdapat kesan
umpil pada pintu tersebut.
Katanya mangsa memaklumkan barangan yang
dibawa lari termasuk telefon bimbit, jam tangan berjenama Guess, jongkong emas
seberat 400 gram yang dibeli untuk tujuan perniagaan.
“Apabila mangsa memeriksa setiap bilik, dia
mendapati kipas di bilik tetamu masih berpusing manakala barang miliknya serta
isteri di bilik utama telah dibungkus dengan plastik hitam dan diletakkan di
atas tilam serta lantai,” katanya.
“Rumah pengadu tidak mempunyai rakaman
kamera litar tertutup dan tiada saksi bebas yang lihat kejadian. Bagaimanapun
polis telah mengesan satu cap jari,”
Menurut Mohd Ali, kali terakhir mangsa
keluar dari rumah itu adalah pada malam Isnin (1 Jan) dan mangsa tidak
mengesyaki sesiapa yang memecah masuk rumahnya.


Ulasan
Catat Ulasan