Puncanya Masalah Rumahtangga
WANITA berdepan dengan masalah rumahtangga di seluruh Negara sejak Januari hingga Mac lalu ,sebanyak 1,500 kes yang telah dilaporkan.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Datuk
Yatimah Sarjiman, kebanyakan wanita berkenaan terdiri daripada wanita
berkerjaya termasuk golongan profesional.
Beliau berkata lagi, segelintir daripada mereka melaporkan
menjadi mangsa keganasan rumah tangga hingga berdepan dengan masalah tekanan
mental dan emosi.
“Kebanyakan mereka mendakwa timbulnya masalah akibat sikap
panas baran dan pasangan yang tidak bekerja“.
“Kami mendapati kini semakin ramai wanita yang berani tampil
diri untuk melaporkan perbuatan yang tidak bertanggungjawab segelintir suami di
balai polis bagi mendapatkan pembelaan.
“Demi memupuk kesedaran selain membanteras permasalahan
berkenaan, kita akan menganjurkan kempen dan ceramah berkaitan, termasuk
membabitkan penyertaan kumpulan lelaki pada masa depan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Mesyuarat
Agung Tahunan Ke-2 Persatuan Pemerkasaan Wanita Intelektual Johor (JEiWA) di
Sanrio Hello Kitty Town & Thomas Town Puteri Harbour di Iskandar Puteri,
hari ini. Hadir sama, pengasas merangkap Presiden JEiWA Nor Fadilah Mohamed
Nizar. Sumber: Harian Metro – Editor:
Amylea Nazrul

Ulasan
Catat Ulasan