Penuntut Kolej Di Tangkap Kalwat "Kami tak buat apa pun, lagipun dia datang bulan"
KUALA KETIL – Penuntut Kolej di tahan berkalwat bersama
teman wanitanya didalam bilik penginapan wanita tersebut, “Kami tak buat apa
pun, lagipun dia datang bulan,” antara alasan diberikan.
Skuad Al-Ansar menahan seorang lelaki dan wanita didalam
sebuah bilik di rumah sewa pasangannya manakala dua lagi rakan serumah pelajar
wanita itu berada di bilik berasingan.
Pengerusi Al-Ansar, Anuar Halimuddin Abu Bakar berkata,
pihaknya menerima maklumat berhubung perbuatan terkutuk itu sekitar jam 5.30
pagi.
“Selepas solat Subuh, kami segera ke rumah yang dimaksudkan
dan ketika serbuan dibuat, dua rakan wanita itu membuka pintu rumah.
“manakala pasangan itu pula didapati berada didalam sebuah
bilik, mereka mengambil masa agak lama untuk membuka pintu.
“Ketika pintu bilik dibuka lelaki itu menyorok di belakang
pintu,” katanya. Sumber: Sinar Harian, Editor: Atila Atasha

Ulasan
Catat Ulasan