Nyawa Anak Tergadai Kerana Percaya Ubat Yang Dijual Ahli Keluarga



Segelintir ibu bapa lebih suka suka memilih atau terpaksa memilih rawatan alternatif ataupun ubat-ubatan yang tidak dijual secara sah di farmasi sebagainya untuk merawat anak-anak mereka.  

Tambahan pula, penjual-penjual produk kesihatan memang pandai berkata-kata untuk melariskan produk mereka dengan pelbagai dakwaan tanpa menyertakan bukti klinikal. 

Ada juga pihak yang tertarik dengan produk-produk seperti ini mungkin kerana sudah habis ikhtiar sebelum ini.

Yang jadi mangsanya adalah anak-anak bila ubat yang diberi bukan menyembuhkan, sebaliknya lebih memudaratkan keadaan.

Sebagai ibu bapa, semestinya mahu yang terbaik untuk kesihatan anak-anak, tapi perlulah lebih berhati-hati terutamanya memberi ubat untuk anak-anak yang masih kecil.

Tak mahulah nanti sampai terjadi seperti kisah yang dikongsikan oleh Dziehan Mustapa ini. Menangis air mata darah pun tak guna.

Nak tahu lebih lanjut? Jom ikuti perkongsiannya di bawah.

NYAWA SI KECIL YANG HILANG

Gambar yang berikan ini adalah gambar “Ubat” yang diberikan kepada seorang anak kecil yang telah tiada lagi.

Atas desakan kaum keluarga yang kononnya ingin membantu, si ibu telah memberi ubat yang disyorkan kepada bayinya yang mempunyai masalah kesihatan berkaitan genetik menyebabkan hati si ibu rasa bersalah.

Anak kecil ini dikejarkan ke hospital apabila muntah hitam pekat keluar daripada mulut si kecil setelah beberapa minggu dipaksa makan "ubat".

Si ibu sempat bertanyakan kepada si penjual produk yang merupakan ahli keluarga apa yang perlu dilakukan . Inilah jawapan mereka

Ibu, “Masa anak saya muntah. Hitam. Pekat. Likat. Saya terkesima. Saya tanya pada penjual apa perlu saya buat. Dia kata, jangan bawa ke hospital. Itu nyahtoksik. Itu proses membuang semua sisa penyakit. Itu tanda proses penyembuhan. Teruskan ambil ubat tersebut dalam tempoh dua minggu”

Hati si ibu ini tidak mahu ikut lagi saranan mereka kerana risau akan keselamatan anaknya dan terus membawa ke hospital. Keadaan anak kecil ini semakin bertambah teruk dan kelihatan tidak bermaya.

Organnya membesar secara tidak normal, jaundice yang teruk (Kekuningan seperti dilumurkan kunyit satu badan). Pihak hospital cuba membantu anak kecil ini, namun apakan daya, Allah lebih menyayanginya. Umur si kecil tidak panjang kerana ajalnya telah tiba.

Wujud rasa kekesalan di hati ibu.

“Saya tak dapat lupa macam mana anak saya meraung dan menangis tidak mahu makan ubat itu. Saya juga tak mampu lupa wajah anak saya, saat saya paksa dia makan nestum khas tersebut serta ubat-ubat segenggam yang perlu dihancurkan ataupun dibuka kapsul sebelum diberi kepada anak saya”

Ahli keluarga menyalahkan si ibu kerana membawa anak itu ke hospital kerana bagi mereka punca kematian adalah kerana si ibu tidak mahu mengikut saranan mereka dalam rawatan menggunakan produk tersebut.

Tidak ada gunanya lagi untuk dikesalkan. Seperti yang diterangkan dalam wawancara si penjual produk akan mencari mangsa tipu daya helah mereka dari golongan yang terdesak dan berharap seperti si ibu .

Ahli profesional kesihatan juga sangat berhati-hati dalam pemberian ubat untuk golongan kanak kanak terutama bawah umur 2 tahun kerana bayi tidak boleh diberikan ubat-ubatan sebarangan.

Dos ubat yang diberikan juga sangat berbeza dan bergantung kepada berat bayi atau kanak-kanak tersebut. Tambah pula jika bayi atau kanak-kanak tersebut memang ada masalah kesihatan.

Sudah pasti bukan sebarangan ubat atau apa-apa produk tambahan boleh diberikan kepada bayi atau kanak-kanak istimewa ini.

Apabila nyawa sudah melayang siapa yang mahu ambil tanggungjawab? Sudah tentu penjual tidak mahu terima derita jiwa si ibu.

Untuk makluman ‘ubat-ubat’ ini dijual sehingga mencecah harga RM4 ribu. 

Hati si ibu yang terdesak dan berharap anaknya sembuh sanggup membeli 'ubat, yang mencecah ribuan ringgit, namun harapannya bertukar menjadi tragedi apabila si anak meninggalkannya buat selama-lamanya, malah meninggalkan rasa rasa perit derita dan kekesalan.

Ahli keluarga yang menjual produk ini masih menyalahkan si ibu kerana bagi makan ubat-ubatan itu dengan betul. Hingga saat ini si ibu dilabel 'degil' dan bukan salah 'ubat' itu.

Allahuakbar.

Jiwa saya sedikit kacau mendengar kisah ini. Kami pengamal kesihatan media sosial telah berkali-kali memberi tahu bahaya produk-produk seperti ini, dijual oleh bukan orang yang ahli, dan bahayanya sesiapa sahaja yang ingin mengetahui berkaitan penyakit atau produk bertanyakan kepada si penjual produk.

Kami yang berada dalam bidang kesihatan tidak akan memberi janji-janji kosong jika realitinya sesuatu penyakit itu tiada kesembuhan lagi dijumpai.

Kami tidak menjual harapan  kerana kami tahu dalam kalangan anda terdesak untuk mencari kesembuhan bagi penyakit yang anda atau ahli kaum keluarga anda alami. 

Seluruh rakan M3 saya marah, kesal dan kecewa kerana nyawa bayi tidak berdosa dipermainkan?

Entah berapa ramai lagi mangsa mereka.

Saya tidak menyalahkan si ibu secara keseluruhan kerana jika mereka tidak buka mulut kita semua tidak akan tahu cerita. 

Tapi saya amat kesal dengan tindakan si penjual yang memberikan konsultasi kesihatan sewenang-wenang sedangkan mereka bukan ahlinya.

Gambar merupakan rangkaian produk yang diberikan kepada si anak kecil itu. Kredit RuQayyah Muhd dan Bel Nawhen untuk cerita asal dan gambar ini. Sumber: Dziehan Mustapa , Editor:Farhana

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Suami Lumpuh, Isteri Curang Dengan Rakan Sekerja