Mangsa Korban Serangan Israel Meningkat Seramai 13 Orang


GAZA - Ketika bantahan di sempadan berhubung pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel, oleh Amerika Syarikat, seorang penduduk Gaza meninggal dunia semalam selepas cedera ditembak tentera Israel.

Jamal Muslih, 20, yang menetap di kem pelarian Al-Bureij di tengah Gaza, cedera parah terkena tembakan peluru hidup kelmarin, kata jurucakap Kementerian Kesihatan, Ashraf al-Qudra. Dan beliau telah dikebumikan tengah hari semalam.

Kematian menjadikan angka kematian penduduk Palestin seramai 13 orang  sejak pengumuman Presiden Amerika Syarikat pada 6 Disember lalu.

Lebih daripada 50 orang penduduk Palestin cedera dalam pertempuran kelmarin, di sempadan Gaza-Israel sebagai sebahagian 'hari kemarahan' berhubung perisytiharan AS itu, yang didesak Hamas dan pergerakan pejuang Jihad Islam.

Sebelas orang  penunjuk perasaan terkorban selepas pertempuran dengan tentera Israel dan dua lagi maut dalam serangan udara rejim ke atas Gaza awal bulan ini.


Di Tebing Barat pula, Kementerian Kesihatan Palestin berkata, didapati sekurang-kurangnya 16 orang cedera apabila tentera Israel melepaskan tembakan peluru hidup, ketika demonstrasi manakala yang lain ditembak dengan peluru getah. - AFP Sumber: Berita Harian – Editor: Amylea Nazrul


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Suami Lumpuh, Isteri Curang Dengan Rakan Sekerja