Cikgu Lemas Budak Bawah Selimut Kerana Enggan Tidur


CHINA - Seorang pekerja pusat jagaan kanak-kanak bertindak melemaskan seorang budak yang enggan tidur di bawah selimut 

Dalam kejadian di Tadika Hongying, bandar Hezhou di wilayah Autonomi Guangxi, selatan China, kanak-kanak berusia lima tahun itu berdepan mimpi ngeri berikutan pengalamannya.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), pekerja terbabit dikatakan menekup muka kanak-kanak tersebut dengan selimut selama dua minit.

Tidak lama kemudian selepas itu, kanak-kanak terbabit memberitahu kepada ibu bapanya mengenai pengalaman traumanya sebelum pihak polis dipanggil ke nurseri tersebut dan guru itu ditangkap atas tuduhan dera.

Manakala ibu bapa kanak-kanak terbabit juga ditawarkan pampasan sebanyak 50,000 RMB  (£5,693).

Malah ada juga ibu bapa yang lain mengadu mengenai pusat jagaan berkenaan dan menyatakan bahawa 'ramai kanak-kanak mengalami mimpi buruk di situ.

"Kami akan bekerjasama sepenuhnya dalam siasatan yang sedang dijalankan dan tidak akan lari dari tanggungjawab jika didapati bersalah." kata ketuanya yang tidak dinamakan dalam satu kenyataan.

"Mereka juga merancang untuk menggunakan wang itu bagi membayar terapi anak mereka," kata ibu bapa kanak-kanak terbabit.

Difahamkan, guru tersebuit telah diberhentikan dan nurseri itu masih beroperasi. Sumber: Mstar Online. Editor: Atila Atasha

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Suami Lumpuh, Isteri Curang Dengan Rakan Sekerja