Datin Dera Amah Terlepas Hukuman Penjara, Membuatkan Peguam Terkejut.
PETALING JAYA - Seorang datin terlepas hukuman penjara selepas mahkamah menghukum bon berkelakuan baik telah mengejutkan peguam kerana kesalahan yang dilakukan itu adalah serius di bawah Kanun Keseksaan. Menurut laporan media, suspek, Rozita Mohamed Ali didakwa menggunakan sebilah pisau, sebatang mop, sekaki payung dan penyangkut baju untuk menyerang mangsa menyebabkan kecederaan pada kepala, tangan, kaki dan organ dalaman Suyanti Sutrinso yang merupakan pembantu rumahnya. Ramkarpal Singh berkata Mahkamah Sesyen membuat kesilapan menjatuhkan hukuman ke atas Rozita. “Undang-undang tidak lagi menyediakan bon berkelakuan baik dalam kes-kes melibatkan kesalahan serius, yang ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan sebagai kesalahan yang boleh dikenakan hukuman penjara selama 10 tahun atau lebih.” Berhubung kes ini, Rozita dituduh mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan di mana jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun kerana ditakrif “kesalahan serius”. Pada Dise...