Kanak-kanak Perempuan Didera Bapa kandung
![]() |
| Kredik Gambar Berita Harian Online |
KOTA BHARU – Seorang bapa kandung disyaki mendera anak
perempuannya yang berusia lapan tahun di Kampung Terap, Bukit Marak. Mangsa
dikatakan cedera di badan, kaki serta kepala termasuk dicucuh api rokok oleh
bapanya sendiri.
Mangsa yang juga tinggal bersama bapanya sejak lebih sebulan
lalu selepas kedua ibu bapanya bercerai. Mangsa, Khairunisa Mohd Safizam yang
juga merupakan anak sulung daripada tiga beradik.
Namun kejadian itu hanya disedari ibunya pada jam 11.50 pagi
pada Sabtu lalu selepas adik suspek menghubungi ibu mangsa meminta supaya
beliau mengambil anak perempuannya yang berada dalam keadaan trauma akibat
didera bapa kandungnya.
Ibu mangsa, Nurul Hazwani Shahferi, 27 terkejut apabila
melihat gambar anak sulungnya terdapat kesan dicuch api rokok di bahagian kaki
dan badan serta dipukul di kepala.
Akibat menyimpan dendam terhadap isterinya selepas
penceraian mereka, suspek tergamak melakukan perkara yang menyedihkan dengan menoreh
pisau di tangan mangsa.
“Saya terus membuat laporan di Balai Polis Kubang Kerian
sebaik melihat gambar anak yang dihantar bekas adik ipar untuk mengambil anak
di bekas rumah suami.
Jelasnya lagi ketika ditemui di rumahnya di Kampung Lepar
Limbt, Pasir Tumbuh, “saya tidak tahu sejak bila Khairunisa menjadi mangsa dera
bapa kandungnya sehingga menyebabkan anak saya kini trauma.”
Ibu mangsa berkata bahawa selepas bercerai tiga bulan lalu,
dua lagi anaknya termasuk adik lelaki Khairunisa yang berusia enam tahun
tinggal bersama bapanya kerana mereka bersekolah berdekatan dengan rumah
suspek.
“Disebabkan saya tidak mahu untuk rujuk kembali bersama
suami, beliau sanggup mendera anak kandungnya sendiri. Sedangkan adiknya tidak
didera, malah rupa paras Khairunisa yang menyerupai saya turut menjadi punca
dia didera.”
Kata ibu mangsa, selepas kejadian itu, “saya sendiri akan
menjaga ketiga-tiga anak saya walaupun berdepan degan masalah kewangan kerana
hanya bekerja sebagai seorang pengasuh.”
Suspek yang berusia 31 tahun itu ditahan pada isnin lalu
selepas disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail
Mat Sidik ketika dihubungi. Sumber: Berita Harian Online. Editor: Atila Atasha

Ulasan
Catat Ulasan