Video Kanak-kanak Didera Hingga Sesak Nafas Gara-gara Tertumpahkan Nasi.
Kebiasaannya kita selalu dengar orang bercakap bahawa ibu bapa ini selalunya akan lebihkan cucu daripada anak sendiri dan cucu lebih di sayangi daripada anak sendiri.
Jarang sekali kita mendengar bahawa seorang nenek sanggup mendera cucunya sendiri, apatah lagi hanya kerana perkara kecil saja tak kan lah sampai hati nenek nak pukul cucunya sendiri.
Seorang nenek sanggup memukul cucunya sendiri sampai
sesak nafas di jalan mawar 1, taman Puchong Perdana, Puchong dikatakan hanya kerana cucunya itu tertumpahkan nasi.
Video penderaan terhadap kanak-kanak berkenan tular dilaman
media sesial sejak tengah hari tadi.
Menurut pengadu Nathan danapal,ketika beliau berada di
restoran puchong intan beliau telah menerima satu masej rekaman video itu
melalui watsap group dimana seorang budak perempuan kena dera.
Beliau membuat laporan polis adalah untuk memaklumkan
kejadian itu kepada pihak polis dan segera mengambil tindakan.
Bagaimanapun selepas aduan dibuat dan bantuan ramai yang
memviralkan kejadian itu pihak polis telah menangkap suspek dirumahnya di jalan
mawar 1, taman Puchong Perdana malam tadi.
Dipercayai kanak-kanak berkenaan bukan ahli keluarga wanita
terbabit, sebaliknya mangsa hanya dijaga sementara waktu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten
Komisioner Mohd Azlin Sadari berkata, pihaknya menerima laporan berhubung
kejadian.
“Mangsa sudah diselamatkan dan wanita terbabit ditahan untuk
siasatan lanjut.Perkembangan kes akan dimaklumkan kelak,” katanya.
Ulasan
Catat Ulasan