Video: Tok Pawang Online Kesan ‘Hantu’ Guna Aplikasi WhatsApp
KUALA LUMPUR – Dia digelar oleh rakan-rakannya sebagai
Pawang Online kerana dikatakan mampu menghalau ‘hantu’ baik secara berdepan
dengan pesakit atau sekadar menggunakan gambar mangsa dalam aplikasi WhatsApp.
Malah percaya atau tidak Aizaiscaflee Zainal Abidin, 43,
sudah banyak memulihkan pesakit dan tugas sebagai perawat diakui oleh mereka
yang pernah berubat dengannya.
Lelaki berasal dari Puchong dan membahasakan dirinya sebagai
Tok itu mendakwa mampu membuang sihir melalui cara yang sama.
“Tok boleh scan (imbas) pakai tangan dalam badan orang sama
ada hantu atau tidak kemudian tarik dan buang,” ujarnya ketika ditemui Malaysia
Gazette baru-baru ini.
Berperwatakan seperti orang muda, Aizaiscaflee tidak mengenakan
pakaian seperti seorang pawang atau ustaz sebaliknya, selesa dengan hanya
memakai seluar dan berjaket jeans.
Menceritakan teknik yang digunakan, dia memberitahu, tidak
menggunakan sebarang ramuan untuk mengubati pesakit seperti amalam ruqyah dan
jampi.
Katanya, dia hanya yakin dengan sepotong ayat al-Quran
daripada surah Hud bagi mengesan makhluk halus yang mengganggu pesakitnya.
“Tidak ada barang saya guna untuk menghalau hantu atau
membuang sihir ini. Cukup hanya menggunakan ayat-ayat al-Quran.
“Saya cuma perlukan gambar orang yang terkena sihir itu
untuk diimbas bagi mengetahui ‘hantu’ yang mengganggunya.
“Saya boleh nampak makhluk itu di dalam gambar yang
dihantar,” kata bapa kepada lima orang anak itu yang juga menjual minyak urut
daripada belut yang dinamakan Minyak Ajaib Caflee.
Menurutnya, isterinya juga ada kebolehan mengesan kehadiran
makhluk halus kerana setiap kali berdepan dengan ‘hantu’ kaki isterinya akan
bergegar.
Bercakap mengenai kebolehannya itu, dia mendakwa tidak
pernah belajar atau berguru dengan sesiapa untuk mendapatkan ilmu tersebut.
Sebaliknya, dia yang merupakan bekas penjual sate berkata,
ilmu tersebut datang sendiri setelah dia mengalami penyakit santau angin
sebelum ini hingga keadaannya terlalu teruk.
“Saya sakit teruk dan berhabisan wang berubat tapi tak
sembuh sehingga saya belajar dan amal ayat-ayat al Quran sehingga pulih dan
dapat anugerah ini,” katanya.
Pada pertemuan dengan Malaysia Gazette, Aizaiscaflee turut
menunjukkan ketahanan tubuhnya yang tidak cedera selepas dibakar dengan
menggunakan pemetik api selepas menggunakan Minyak Ajaib ciptaannya.-Suara.TV
Ulasan
Catat Ulasan