Tak Jadi Mengurat Sebab 'Awek' Rasis
KANAK-kanak boleh menjadi orang paling jujur dalam beberapa
situasi dan mereka juga sebenarnya benci perkauman!
Apabila mereka melihat seseorang bersikap rasis, mereka
boleh menjadi seorang yang lebih lantang bersuara berbanding orang dewasa.
Misalnya Jorge, seorang budak lelaki berusia 10 tahun.
Seseorang telah berkongsi satu nota di Twitter menyatakan
bahawa ibunya telah merampas nota tersebut daripada Jorge yang meluahkan
kekecewaan kepada seorang murid perempuan yang diminatinya, Alina.
Dalam nota tersebut, Jorge berkata dia amat kecewa apabila
Alina mengejek murid perempuan lain di dalam kelas hanya kerana perbezaan warna
kulit.
Dia sering menghantar surat kepada Alina sebelum ini, tetapi
selepas mendengar Alina memperlekehkan warna kulit pelajar lain, nota tersebut
menjadi yang terakhir untuk Alina.
"Hi Alina, Jorge di sini, orang yang menghantar
surat-surat itu," dia memulakan kata-kata.
"Saya pernah sukakan kamu tetapi saya dengar kamu telah
membuli seorang budak perempuan yang berbeza warna kulit. Itu tidak
menyenangkan. Siapa yang mahu bersama kamu? Saya benar-benar menyesal dengan
surat-surat itu. Kejam."
Sudah tentu terdapat keraguan yang timbul mengenai kesahihan
surat itu, tetapi sama ada ia benar atau tidak, ia memberi banyak pengajaran
dalam kehidupan manusia.-mStar Online
Ulasan
Catat Ulasan