Suami Rebus Isteri Pondan.
PolisAustralia yang menemui
anggota tubuh manusia sedang direbus dalam periuk di sebuah apartmen di
Brisbane, menyangka ia adalah ‘jenaka Halloween’lapor mymetro
Mahkamah di Sydney diberitahu demikian hari ini,
ketika perbicaraan inkues tukang masak Australia Marcus Volke yang dituduh
membunuh ‘isterinya’ iaitu seorang pondan Mayang Prasetyo pada 2014 dan cuba
menghapuskan bukti dengan memotong tubuh mangsa dan memasaknya.
Polis menerima aduan daripada pengurusan bangunan yang
melaporkan bau busuk dari apartmen pasangan itu di Brisbane.
Menurut Australian Broadcasting Corporation (ABC), apabila
polis tiba, Volke memberitahu dia perlu mengurung anjingnya terlebih dahulu
namun dia mengunci pintu dan lari sebelum membunuh dirinya.
Konstabel Liam McWhinney memberitahu koroner apabila dia dan
Konstabel Kanan Bryan Reid memasuki apartmen itu, mereka mendapati darah
memenuhi lantai manakala kaki manusia berada dalam periuk.
“Pada mulanya saya menyangka ia jenaka melampau sebelum
menyedari ia adalah kejadian sebenar,” katanya.
Reid memberitahu dia tercium bau tidak menyenangkan yang
tidak pernah dihidu sebelum ini.
Volke yang bertemu ‘isterinya’ itu ketika kedua-dua mereka
bekerja sebagai teman sosial, sedang menjalani rawatan mental sejak beberapa
minggu sebelum kejadian itu.
Ulasan
Catat Ulasan